LOVE AFTER DIVORCE

 


TAJUK: Love After Divorce

PENULIS: Puteri Jacaranda


BELAKANG BUKU: Melissa dan Isaac masing-masing saling mencintai. Namun, kerjaya mereka berjaya memisahkan mereka. Seorang di udara dan saling bertukar negara. Seorang lagi menuntut ilmu dan menyelamatkan nyawa pesakit. Entah kenapa perasaan itu menghilang.


“Isaac, I tahu I ni bukan perempuan yang baik sangat. Tapi, jangan hina I! Tak ada kena-mengena dengan orang ketiga atau kes curang. Sebab I dah tak ada hati dengan you. I dah tak boleh nak paksa diri I untuk mencintai you macam dulu lagi!” - Tengku Melissa


“Melissa, jangan sampai I tuntut supaya you kembali taat kepada I!” - Dr. Isaac


Namun, siapa sangka pasangan ideal dan sama padan ini turut melalui fasa yang sukar dalam perkahwinan mereka. Isaac dan Melissa, tiada lagi persefahaman di antara mereka, tetapi adakah perpisahan itu noktah sebuah cinta?


“Mel... I knew everything about your past. I ada masa kejadian tu last year. Sejak tu, I rasa mahu lindungi you untuk selama-lamanya.” - Kapten Harriz 

“She doesn’t appreciate you. Kenapa you tak lihat pengorbanan I? I’m here because I want to be by your side!” - Dr. Hanna



ULASAN: Pasangan sama cantik sama sepadan, tapi perhubungan Melissa dan Isaac dalam keadaan goyah. Masing-masing ada ego masing-masing. Melissa permulaan di lihat sebagai anak bongsu yang degil dan manja. Jadi keluarganya terutama ayahnya membuat syarat iaitu berkahwin sebelum dia mula kerjaya sebagai pramugari. Jadi mereka berdua bercinta lepas kahwin. Tapi, pada tahun ketiga perkahwinan mereka, mereka mula jauh dan akhirnya Melissa minta untuk bercerai kerana tiada kesefahaman. Isaac terkedu, dia sayang isterinya tapi dia tak tahu kenapa Melissa bertindak sedemikian.

Rupanya Melissa sangat tertekan dengan perkahwinan, dengan Isaac seorang yang busyman dan ibunya yang terang tak suka padanya. Dengan kawan sekerja suaminya yang terang sukannya walaupun Isaacy cakap dia hanya berkawan sahaja. Yang paling penting adalah dia tak bersedia jadi ibu tapi dia mengandung. Apabila dia sayang kandungannya, dia keguguran menyebabkan dia depression yang berat. 

Sebab itu tajuk novel ni Love After Divorce, Isaac sedar yang dia jarang bagi perhatian pada isterinya mula bertindak untuk dapatkan hati isterinya kembali. Sampai la Melissa benar2 mahu cerai, Isaac bagi tapi Isaac rujuk balik dan tinggalkan Melissa macam tu jer. Melissa mengandung kali ni dia jaga elok-elok sampai lahirkan seorang anak perempuan. Isaac balik bila mengetahuinya dan mereka bersama semula.

Penulis memang susun plot dengan cantik dan tersusun manakalah ada info-info yang saya tak tahu pun yang boleh di ambil rujukan (tapi boleh tanya pada yang lebih arif). Membaca ni bukan sekadar membaca tapi kadang2 tu adalah pengetahuan walaupun sedikit.

Petikan:

1. Mahu berpisah

Semua yang ada di meja makan terus terdiam dan tidak berani bersuara apabila Tengku Fadhil sudah berubah serius.

Melissa meletakkan sudu dan garpu di meja makan. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia mahu membuat satu pengumuman yang sudah lama ingin diluahkan kepada ahli keluarganya. Oleh itu, dia sudah bersedia dari mental dan fizikal.

"Kami akan berpisah," ujar Melissa dengan nada yang mendatar. Isaac turut menghela nafas tanpa memandang isterinya itu.

"Tengku Melissa!" jerkah Tengku Fadhil dengan lantang.

2. Orang ke 3

Melissa menghampiri meja soleknya untuk menanggalkan mekap sebelum mandi. Dia masih membebel seorang diri kerapa tidak berpuas hati dengan sikap Tengku Fadhil yang sengaja mahu dia dan Isaac kembali bersama. Semakin sukat pula perjalanan menunju pembuburan perkahwinan mereka.

Tit!

 Kedengaran pesanan WhatsApp masuk di telefon Issac. Melissan menjeling ke arah telefon itu di sebelahnya. Pada mulanya Melissa cuba untuk abaikan tetapi fikiran jahatnya tetap datang dan menyuruh dia melihat pesanan tersebut.

Melissa mencapai telefon Isaac dan membuka password. Dia berjaya kerana Isaac masih tidak menukar kata laluan itu.

Maaf sebab susahkan doktor tadi. I tak tahu nak panggil siapa. Thanks for lending me your shoulder. I janji akan lebih hati-hati lepas ni.

Terngangga Melissa di saat itu. "What the...!" carut Melissa tanpa sedar setelah membaca pesanan itu. Terus darahnya menyerbu ke muka. Melissa memandang tepat ke pintu bilik mandi. Panas betul hatinya ketika ini. 

3. Bercerai

"Puan Melissa, sila terangkan kepada saya, sebab-sebab pemohoan perceraian secara talak ini."

"Kami tiada lagi persefahaman, Tuan Hakim," jawab  Melissa dengan semakin berkeyakinan, dia langsung tidak memandang wajah Isaac ketika itu.

"Selain it?" soala Tuan Hakim lagi.

"Tiada, Tuan Hakim."

"Bagaimana dengan Encik Isaac? Anda tahu sebab-sebab permohonan perceraian secara talak ini daripada pihak plaintif?" soal Hakim Syarie itu kepada Isaac di sebelah kirinya.

Isaac yang kemas berkemeja dan bersongkok itu kelihatan tenang di luaran walaupun dalam hatinya seperti disiat-siat dengan pisau belati. Sekilas Isaac memandang Melissa yang hanya menunduk.

"Ya, tiada persefahaman lagi. Tuan Hakim."

4. Rujuk

Melissa menapak ke muka pintu bilik yang dibiarkan terbuka itu. Jantungnya seakan-akan terhenti apabila melihat sosok badan berdiri terpacak di depan pintu. Melissa memegang dadanya kerana terlampau terkejut. Jika ditoreh wajahnya pada waktu itu, pasti tiada darah. Pucat lesi. DIa sempat memlihat satu fail di tangan lelaki di hadapanya itu. Pandangan mata lelaki itu amat dingin dan tajam menikam. Melissa hampir terputus nafas.

"You datang cari ni ke? soal Isaac sambil menayang faik berwarna biru di depan Melissa.

"Bagi Ifail tu, Isaac," kata Melissa dengan tegas setelah semangatnya kembali.

Isaac tersenggih sinis. "You dari mana malam-malam buta ni? Bukan sepatutnya you duduk di rumah dalam tempoh iddah?"

Melissa mengetap bibir geram. "Isaac, I keluar ada urusan penting bukan pergi enjoy. You jan ingat i jahil!"

"Baguslah kalau you tak jahil! Senang kerja I," Balas Isaac semakin sinis. Dia memandang fail ditangannya.

Melissa terpempan dan dadanya tiba-tiba terasa mahu berdegup sangat kencang. "Bagi I fail tu Isaac. I tak nak bergaduh dengan you. Cukuplah!"

"I dengar you sambung belajar. Kat mana?" soal lelaki itu dengan dingin.

Melissa menelan liur yang pahit. Siapa pula membocor rahsia?!

"Bukan urusan you lagi Isaac. I tak ada apa nak cakap dengan you. Tolong tepi, dan bagi fail tu kat I." Melissa menghampiri Isaac di muka pintu. Dia cuba mengumpul keberanian dan menenangkan dirinya supaya tidak membuat Isaac naik angin. Dia sangat kenal sikap bekas suaminya.



Skor: 4⭐️/5⭐️

Status: THB / Syor

Ulasan