HACKS


Tajuk: HACKS: HANYA AKU CINTA KAU SEORANG

Penulis: INTAN AIDDA


Belakang buku: Bukan mudah untuk jatuh cinta. Pertemuan pertama pun belum tentu dapat membuka pintu hati yang sudah lama tertutup. Bella Inara bukanlah gadis yang manja dan ceria. Tetapi hidupnya berubah sejak kemunculan Hud Nazhan.


“Di mana saya ada, di situlah awak ada. Awak ni stalker ke? Awak intip saya?” – BELLA INARA


“Orang yang kacak macam saya ni tak ada masa nak buat kerja tak berfaedah macam tu.” – HUD NAZHAN


​Bibit cinta berputik sejak pandang pertama, buatkan Hud berusaha merebut cinta Inara yang dingin.


“Sebenarnya, sejak saya jumpa Cik Inara masa kemalangan lagi, hati saya berdebar. Bila saya tahu Cik Inara jiran saya, saya jadi gembira sangat. Kalau boleh saya nak jumpa Cik Inara hari-hari. Tak kisahlah, saya kena marah… kena perli. Asalkan saya dapat lihat Cik Inara.” - HUD NAZHAN


“Saya rasa saya suka, Cik Inara!” – HUD NAZHAN


​Terbukakah pintu hati Inara setelah lima tahun hatinya tertutup akibat dikecewakan. Berjayakan Hud mendapatkan cinta Inara yang sentiasa dingin. Kemunculan seseorang yang menggugat semuanya buatkan kisah Hud dan Inara tidak tenteram. Semuanya, terselam dalam H.A.C.K.S

Reviu bacaan: Hud mula jatuh cinta pada Inara semasa kemalangan. Rupanya mereka jiran sebelah rumah dan 1 tempat kerja. Inara ni, rakan pejabat panggil Cik Singa tapi bagi Hud, hati dia berdebar bila berdekatan dengan Inara. Inara pernah bertunang dengan Fared, tapi kerana orang ke 3, mereka putus sebab tu Inara berubah personality. Disebabkan ganguan dari Fared, Hud dan Inara berkahiwn. Ada kemalangan, membuatkan Inara hilang ingatan. Hud sedaya upaya melindungi Inara. Akhirnya happy ending.

Skor: 2⭐/5⭐

Status: THB / Syor

Emosi sepanjang pembacaan: Agak bosan sebenarnya.  Bagi yang mahu mengenali cinta fantasia.. ni untuk awak.. sweet dan comel. Bagi saya agak bosan buat saya susah gila nak habiskan novel ni. 

Ulasan