KERANA DENDAM
Tajuk: KERANA DENDAM
Penulis: D.DAHLIA
Mula membaca: 30 MEI 2025
Tamat membaca: 31 MEI 2025
Belakang buku: “So, get ready to live in ruins once I get back.” – Adam Hirdy.
Kerana marah dan dendam, Adam meninggalkan Azalea seusai akad nikah mereka.
Tiga tahun dia menghilangkan diri tanpa khabar berita.
“Belum sempat awak hancurkan saya, saya dah pun hancur, Adam. Saat awak pergi tinggalkan saya masa hari pertama saya jadi isteri awak, saat itu juga hidup saya terus hitam ... sehitamnya. Saya dah tak nampak lagi ada warna putih dalam hidup saya.” – Azalea.
Selama tiga tahun itu jugalah Azalea menunggu kepulangan Adam. Bukan untuk kembali ke pangkuannya, tetapi inginkan kebebasan selepas Adam menghancurkan hidupnya sepertimana yang diucapkan.
Dan … Adam kembali semula selepas tiga tahun bersama rancangannya untuk membalas dendam terhadap Azalea. Tetapi belum sempat rancangan dilaksanakan, petunjuk demi petunjuk datang kepadanya dan membawa dia kepada satu per satu rahsia yang secara tidak langsung melibatkan Azalea.
Apakah rahsia tersebut?
Apakah kaitannya dengan Azalea?
Serta, adakah Adam meneruskan rancangannya untuk membalas dendam terhadap Azalea atau dendam itu terkubur begitu sahaja?
Review bacaan: Kisah Adam dan Azalea disatukan dengan perkahwinan tanpa rela. Adam bawa diri dan Azalea kena culik pada hari pernikahan. Selama 3 tahun, Adam menyatakan benci pada Azalea, manakalah Azalea menyatakan kekesalan atas perkahwinan tu dan selalu memujuk Adam untuk balik ke pangkuan. Adam fikir bila dah balik malaysia dia dapat musnahkan kehidupan Azalea tapi ternyata di silap. Perngkhianatan kekasih yang di sayang, dan kebenaran yang pahit membuatkan Adam mula menyusun strategi balas dendam. Dari benci ke pada simpati dan akhirnya cinta setulus dengan isterinya. happy ending dan 1 naskhah yang lengkap dengan penamat yang menrungkai segala-galanya.
Babak paling tak dapat dilupakan:
Sekejap-sekejap Azalea melirik jam di pergelangan tangannya. Lagi sepuluh minit jarum jam akan bergerak ke pukul sembilan pagi. Semakin hampir ke waktu itu, semakin laju detak jantungnya. Punyalah dia takut dan gementar untuk memulakan tugas barunya pada hari ini sampaikan tingkahnya jadi serba tak kena. Duduk tak kena. Berdiri tak kena.Bunyi derap langkah yang semakin hampir memaksa Azalea memanggung kepala. Automatik tubuhnya tegak berdiri apabila melihat figura Adam menapak makin dekat. Peluh dingin yang melencunkan telapak tangannya dikesat pada baju.Terkebil-kebil kelopak mata Azelae memandang pintu bilik Ada yang sudah tertutup itu. Langsung tiada sapaan daripada Adam sebelum masuk ke dalam bilikya. Memang begitu ke? Tapi baguslah begitu. Tidaklah pagi-pagi lagi telinganya ini dicuci dengan bicara pedas Adam.Azelea menunggu selama sepuluh minit seperti yang diberitahu oleh Dira. Cukup tempoh itu, pintu bilik Adam diketuk dalam debar yang menggila. Dengan lafaz bismillah dia menapak masuk.Ketar lututnya berdiri di depan Adam begini meski dipisahkan dengan sebuah meja. Tambahan pula ditenung oleh Adam tanpa suara begini. Nak pandang ke mana pun dia tak tahu. Lalu iPad di tangan diangkat tinggi menutup wajahnya. Bersedia untuk menerangkan jadual kerja Adam.Atas bawah Adam melirik batang tubuh Azelea sebelum matanya terhenti tepat pada iPad yang betul-betul di depan muka itu. Lalu, laci mejanya ditarik. Sellotape diambil."Nah, amil ni." Dibaling perlahan Sellotope itu di atas meja.Terpinga-pinga sekejap Azelea. Dia menurunkan sedikit iPad dari terus mentup wajahnya tadi. Sorotan matanya jatuh pada Sellotape di atas meja. Adam suruh dia ambil benda alah itu ke? untuk apa?"Take that.""Hah?" Azelea masih tak berganjak."Ambil sellotape ni. Tampal dekat iPad tu. Lepas tu, lekatkan iPad tu dekat muka kau terus. Nak tutup sangkat muka tu, kan?" Sinis Adam memerli.Berpijar panas rasanya wajab Azelea saat itu apabila disindir depan muka begini. Perlahan-lahan iPad dipeluk ke dadanya.
Watak paling disukai: Adam, Uzair, Azalea Redza
Petikan menarik:
"oh, just a friendly reminder, please don't trust her even a smidgen. Just so you know, betrayal always comes from someone we trust. Remember that, bakal abang ipar tak jadi."
Skor: 5⭐/5⭐
Status: THB / Syor
Emosi sepanjang pembacaan: Dramatik dan seronok membaca dari bab ke bab yang lain dengan sedikit terungkai sampai tak boleh nak rehat membaca!
Ulasan