YES! CAPTAIN ZUL AARYAN
Tajuk: Yes! Captain Zul Aaryan
Penulis: Wnfhanna
Belakang Buku:
Pertemuan mereka di lapangan terbang Melbourne telah mencetuskan ‘peperangan.’
“Woi, perempuan!!! Kau gila ke?!” – Zul Aaryan
“Ya, memang saya gila! Harap kita tak terserempak lagi. Risau kalau muka awak pula yang kena simbah lepas ni. Bye!” – Zara Andrea
Dan mereka bertemu lagi. Kali ini di dalam pesawat pula. Lebih mengejutkan, pesawat itu dikemudikan oleh Zul Aaryan sebagai captain yang bertugas. Pergaduhan bersambung lagi.
“Kau siapa nak saman airlines ni? Kau ada bukti ke?” – Zul Aaryan.
“Everything’s here. Awak dah boleh ready, maybe ni last flight awak pegang title sebagai seorang captain.” – Zara Andrea
Aaryan rasa tercabar. Dia tidak akan sesekali membiarkan dirinya menjadi mangsa ugutan Andrea. Bukti yang ada pada gadis itu dihapuskan dengan harapan mereka tidak akan bertemu lagi.
Tapi sebaliknya, makin kerap pula mereka bertemu. Dan setiap itu jugalah perang dunia akan meletus sehingga menimbulkan kebencian.
Kata orang, jangan benci sangat, bimbang nanti jadi jodoh. Dan benarlah, mereka telah dijodohkan atas permintaan keluarga. Masing-masing menentang perkahwinan yang diatur, namun siapa mereka untuk menolak takdir?
“We should just get married...” – Aaryan.
“Get married? Untuk apa? Kita bukannya saling mencintai. – Andrea
“Just for one month.” – Aaryan
Andrea bersetuju dengan perjanjian Aaryan. Hanya sebulan dia akan hidup bersama Aaryan, tetapi mampukah mereka bertahan dengan perangai masing-masing selama sebulan itu?
Ulasan bacaan:
Kisah Aaryan dan Andrea yang terlanggar, jatuh dan gaduh. Mereka berjumpa lagi di syarikat tempat pratikal Andrea, dan Aaryan selaku penyelia dia. Mereka di paksa berkahwin sebab kedua-dua keluarga mereka adalah kawan baik. Selama sebulan akhirnya mereka jatuh cinta dan bahagia dalam perkahwinan mereka.
Adalah konflik, yang Andrea punya lelaki obsess dengan dia sampai dia koma. Manakala, Aaryan ada 2 wanita yang obsess sampai sanggup mahu singkirkan Andrea. Tapi semua ending dengan selamat.
Kepenatan nak habiskan sebab cerita ni agak meleret bagi saya. Plot cerita bagi saya terlalu biasa dan boleh dijangka. Yang best cerita ni ada yang pasal Aircraft disebabkan Aaryan pilot. Tu je boleh saya berminat membaca.. lain biasa jer....
Ulasan