MENCARI MRS. ROSS GABRIEL

 

TAJUK: Mencari Mrs. Ross Gabriel

PENULIS: Anna Lee


Belakang Buku: “Ingat, Ross. Jangan sesekali guna taktik klise untuk dekati dia, faham? No fancy stuff, no lavish dates. Kalau I dapat tahu ...”

Ross tiba-tiba berhenti melangkah. Tanpa sedar kuku ibu jarinya digigit berkali-kali, satu tabiat yang selalu muncul setiap kali dia dilanda resah. Ugutan Embun jelas merisaukannya, mencengkam fikiran. Tetapi di sebalik kerisauan itu, ada juga rasa yakin yang perlahan-lahan muncul. Dia tahu, dia perlu lakukan sesuatu. Dia mesti membersihkan keadaan yang semakin keruh kerana tindakannya sebelum ini.

Embun tak akan kisah ... kan?


Review: Sebagaimana kisah Embun x Kenzi, begitu la kisah Ross mencari cinta. Kisah billionaire mencari Cinderella untuk hidup semati. Saya memang suka wakta Ross. Sebab cara dia belajar walaupun dia boleh je berlagak sombong dan angkuh.

Ross adalah pakcik kepada Kenzi dan billionaire. Dia sudah mempunyai steady girlfriend,  iaitu Dian. Tapi Embun, isteri kepada Kenzi merasakan Dian tu tak sesuai dengan Ross sebab merasakan perkahwinan mereka masa seperti perkahwinan Ross yang lain. Jadi Embun buat cabaran pada Ross untuk jadi lelaki biasa selama 3 minggu. Embun target pada seorang single mother iaitu Qarina. Mesti la Ross menentang tapi disebabkan ugutan dari Embun dia terpaksa buat. Jadi Ross ikut la apa yang Embun sediakan. Ross yakin perhubungan ini tak akan menjadi sebab Ross yakin Dian adalah cinta hatinya. Jadi dia hanya ikut apa yang di aturkan Embun untuk Ross. 

Perkenalan antara Ross dan Qarina serta anak Qarina, Orked berjalan lancar sampai sampai la Ross di pertemukan bekas suami Qarina Ridwan, dan isteri Dania. Ridwan mahu ambil Orked untuk tinggal bersama dia apabila melihat kemesraan antara Qarina, Orked dan Ross. Qarina sedih dan mahu putus kawan dengan Ross supaya Orked tidak di ambil darinya. Ross mula rasa dilema mahu dengan Dian atau Qarina, dan akhirnya memutuskan memilih Qarina sebagai teman hidupnya. Mereka menang dalam tuntutan hak Orked. Ridwan dan Darina gigit jari kerana memandang rendah dengan Ross dan Qarina. Mereka happy ending sama macam Kenzi dan Embun.

Kisah ni lebih mencari calon isteri buat Ross. Di samping tu, watak seperti Ridwan, seorang ayah yang penting diri sanggup buat bekas isteri dia memderita dari menenangkan hati dan apatah lagi sanggup menggunakan anak untuk memburukkan ibunya serta mahu sesuatu dari anaknya dan lupa tanggung jawab seorang ayah apabila punya keluarga baru. Ridwan memang seorang mudah lupa jasa orang sampai sanggup curang. Kesian nasib yang menimpa Qarina dan keluarganya. Orang macam Ridwan ni memang banyak cuma yela macam dia betul kan. Salah satu ciri narsistik. 

Qarina, ibu tunggal yang sanggup besarkan anaknya dan bantu ayahnya. Sangat kuat tapi kadang agak rapuh. Memang semula jadi sifat seorang perempuan, ada masa lemah apabila melibatkan anak. kedatangan Ross dalam hidup mereka ibarat sinar. Bila mengetahui Ross, seorang billionaire lagi macam durian runtuh saat mereka sekeluarga memerlukan sokongan. Lagipun latar belakang mereka sebenarnya sama cuma takdir mereka lambat dipertemukan. Jumpa orang yang salah dulu adalah salah satu pengalaman yang berharga untuk bina kehidupan yang lebih baik. Positive vibes.

Petah bercakap Orked, memang geng Z, semua tanya dan mengambil tahu orang tua. Yelah dapat ayah yang suka buruk-burukan sikit sebanyak kadang terpengaruh. Nasib baik Orked ni cerdik dan faham situasinya. Dia pun tahu impak keputusan dia dan kemana arah kehidupan dia bila dia dengn ayah atau ibunya.

So... Jom cari Mrs Ross Gabriel! hehehe...

Ulasan