Azzamine


Tajuk: AZZAMINE
Penulis: SOPHIE AULIA
Mula membaca: 29 NOV 2025
Tamat membaca: 2 DEC 2025
Belakang buku: Raden Azzam Al-Baihaqi muncul secara tiba-tiba di dalam hidup Haura Jasmine melalui suatu perjodohan. Jasmine yang belum bersedia menerima perjodohan ini meminta Azzam untuk mundur. Bukan kerana tidak suka, tetapi Jasmine yang pemalas ini berasa tidak layak digandingkan dengan Azzam yang sentiasa membawa ketenangan dalam tingkah laku dan tutur katanya.

Jasmine terus mengelak, tetapi Azzam dengan kelembutannya sentiasa membuat Jasmine tertawan. Semakin dia menjauh, Azzam semakin terngiang-ngiang di fikiran Jasmine. Di sisi lain, Jasmine juga masih bersama Deka, teman lelaki yang begitu mencintainya selama empat tahun.

Jasmine perlu segera membuat keputusan mengenai pilihan hatinya. Azzam atau Deka. Adakah keputusan itu akan membawa kebahagiaan atau luka yang berkekalan?

Reviu bacaan: Kisah dimulai dengan Jasmine dijodohkan dengan anak kawan ayahnya. Jasmin yang ada boyfriend ketika tu tengah tersepit antara keluarga dan boyfriend yang dicintai. Selepas pertemuan dia dengan Azzam, lelaki yang dijodohkan dengan Jasmine itu, dia ingat Azzam pun terpaksa macam dia rupanya tak. Selepas terpersona dengan perwatakkan Azzam yang dingin tapi peka tu buat dia rasa mahu teruskan perjodohan itu. Ternyata selepas berkahwin semuanya indah walaupun ujian perkahwianan tapi sejak dari itu mereka berdua selalu bercinta. CINTA ISLAMIC.... Susun kata yang buat saya juga mealting walaupun kata² itu dari Azzam pada Jasmin. Untung Jasmin dapat hati seorang Azzam yang bagi saya, seorang lelaki baik dalam sejuta. Menjaga kehormatan seorang perempuan yang dicintai. Kisah cinta yang ringkas tapi penuh penghayatan buat saya berfikir indah yang bercinta dengan seorang yang tulus mencintai dengan Izin-Nya. Oh, baru saya tahu novel ni diadaptasi ke filem... patut ke saya tengok???? Tak.... Tak jadi lah risau imej Azzam yang saya cipta dalam ni musnah. 😆 [denial mode]

Petikan menarik: Saya langitkan namamu sepertiga malam saya, Jasmine. 

Skor: 5⭐/5⭐

Status: THB / Syor

Ulasan