DUA

 

TAJUK: Dua

PENULIS: Ema Deesyiaqis

MUKA SURAT: 370 Helai

BELAKANG BUKU: Noura yakin, apa yang dialaminya hanyalah sebuah mimpi. Manakan tidak, di Malaysia mana ada musim sejuk, ladang gandum, kincir angin atau lelaki bermata biru, berambut perang bernama Vesa itu.

    Tapi, kalau itu semua mimpi, macam mana pula saat dia bangun tidur di katil bilik asramanya, jaket pemberian Vesa ada di tubuhnya? Stoking dan sandal yang disarungkan Vesa ada di kakinya? Kalau itu semua mimpi, kenapa ketika dia pulangkan semua pemberian Vesa itu, barang-barang itu tiada lagi dalam simpanannya?

    Antara mimpi dan realiti, Noura sendiri tidak pasti. Namun apa yang pasti, segala yang berlaku antara dia dan Vesa, bakal merungkai sebuah kisah yang akan mengubah hidup kedua-duanya.

ULASAN: Saya ambil masa yang lama untuk habiskan novel ini. Bukan tak best tapi masa baca ni masa tu la ada banyak peristiwa² yang memang ada kaitan dengan novel sekarang. 😄 Memang kebetulan yang wow! Memandangkan saya pun suka kisah² di langit jadi buku ni buat saya makn berminat untuk tahu lagi dan lagi tentang kejadian alam.

    Noura, pelajar bidang Astronomi mempunyai sebuah cincin pelik yang dia dapat dari peristiwa yang dia tak nak ingat. Selama ini, dia hanya menyimpan cincin tu dalam bekas yang tertutup, akhirnya dia mengeluarkan untuk memakaian sebagai 'saja-saja'. Noura mula bermimpi yang dia bertemu Vesa, lelaki yang dia fikir seorang petani di sebuah ladang di Finland. Mula-mula Noura anggap semua itu mimpi yang membawa kepada Vesa. Tapi lama-lama, Vesa tegas mengatakan dia wujud, dan ini membawa kepada persoalan yang mengaitkan kejadian alam dan hubungkan kepada cincin pelik yang mereka berdua pakai. Ya, rupanya Vesa pun ada cincin pelik tu sebab tu mereka berdua je yang tahu wujudnya peristiwa pelik mereka alami itu. 

    Kemuncaknya cerita ni, bila ada 'orang jahat' yang tahu kaitan cincin tu dan mahu merampas bagi tujuan yang tak baik. Disebalik tu, akhirnya mereka face to face dan 'bercinta' ek? Bukan laaa, ending mereka berkahwin hahahaha. Penamat yang okay dan novel ni langsung tak berat boleh la baca ringkas walaupun ada bahagian yang ilmiah tentang angkasa yang mungkin ada orang skip kan jer.

PETIKAN MENARIK: Two Soul Will Unite...

SKOR: 4⭐/5⭐

STATUS: THB / Syor

Ulasan