Lelaki Untuk Laila
PENULIS: Efthalia
MUKA SURAT: 581 helai
HARGA: RM 27
BELAKANG BUKU: Hidup seorang Laila Riani seperti hamba yang mengabdikan diri kepada adiknya yang sakit, Lily Zahirah.
Dunianya seakan berhenti berputar tatkala melihat tunang tercintanya berpelukan dengan adik kandungnya sendiri di atas katil.
Dia yang seakan tersedar dari sebuah mimpi bertekad untuk berhenti hidup sebagai bayang-bayang Lily. Dia mahu hidup untuk dirinya sendiri!
Kerana untuk hiduplah, Laila sanggup mendekati cucu usahawan terkemuka, Noah Daiyan. Dia menawarkan perjanjian itu dengan harapan yang dia akan mendapat apa yang dia dambakan selama ini—kebebasan.
“Saya tak perlukan harta atau duit. Cinta Encik Noah juga saya tidak perlukan sama sekali. Saya cuma nak encik bantu saya. Dan encik akan dapat apa yang encik mahukan.” — Laila Riani
Siapa sangka kehadiran lelaki itu mengubah segala-galanya?
“Saya akan jagakan awak. Itu janji saya, Laila.”— Noah Daiyan
Di saat dia merasakan yang dia mampu untuk berjalan bebas di tempat yang diterangi dengan cahaya kebahagiaan, dia seolah-olah ditarik ke dalam lubang kegelapan tanpa penghujungnya.
“Aku takkan lepaskan kau, Laila.”—Suhayl Affendi
“Kenapa akak kena cakap benda yang menyakitkan macam tu? Apa salah Lily?!” — Lily Zahirah
Tercapaikah impian seorang Laila Riani? Akan bahagiakah dia setelah meninggalkan segala-galanya? Ataupun harapan itu hanyalah satu angan-angan semata?
ULASAN: Kisah Laila dan Noah yang bersetuju untuk tolong satu sama lain dalam menghadapi keluarga toksik mereka. Ya cerita mereka ni kisah T20. Kita mulakan dulu kisah heroin kita, Laila. Disebabkan adik dia, Lily tu sakit sejak kecil lagi jadi dia sebagai kakak kena selalu berada dengan adik yang sakit itu. Tapi yang liciknya Lily tu penjahat sebenarnya. Dia manipulasikan sehingga parents sebelahkan Lily menyebabkan Laila umpama orang yang terbuang. Laila menerima layanan yang buruk baik dari parents, adik dan orang gaji dalam rumah tersebut. Malahan tunang yang dia sayang pun turut di rampas serta berlaku curang terhadap dia. Atas sebab tu dia menawarkan tawaran kepada Noah dan Noah bukan seorang yang senang terima macam tu disebabkan dia pun merupakan bakal CEO sebuah syarikat yang agak gah juga lah. Noah pun menyelidik hidup Laila dan mereka sama-sama tolong antara 1 sama lain. Memang puas hati bila tengok pembalasan Lily dapat bila dia bertubi-tubi membuat onar pada kakak dia. Yang peliknya, alasan tak suka kakaknya atau kenapa parents Laila ni turut sama seakan benci Laila ialah hanya sebab kematian adiknya, mereka salahkan Laila yang ketika tu masih kecil. Apalah sangat budak kecik tu nak tolong orang. Semestinya dia pun sama trauma kot. Kalau la dia tolong, entah-entah ada pun sama nasib dengan macam kematian adiknya. Ni lah contoh parents yang berotak kecik dan akhirnya mereka berat sebelah dalam menyayangi anak. Bila sudahnya kes keluarga Laila, Laila masuk untuk menolong Noah pula. Permulaan yang susah sebab datuk Noah bukan seorang yang mudah terima jer. Laila kena membuat taruhan dengan datuk Noah. Namun, sebenarnya keluarga Noah lagi menakutkan dari keluarga Laila. Kali ni sihir dan hampir terbunuh. Motif hanya sebab tuntutan harta. Kali ni Laila di bantu oleh Richard dan the geng, yang secara kebetulan menolong. Richard berulang kali bagitahu Laila yang keluarga Laila nak tolong tu lebih menakutkan. Rupanya Richard muncul sebagai pewaris yang sah bagi tuntutan harta! Tapi dalam banyak-banyak watak yang muncul 1 je buat saya rasa pelik. Mana pergi ayah Noah? Dia memang biarkan anak dia menjalani trauma dengan bini dia ke? Adakah seorang suami biarkan isteri dia berdendam akhirnya isteri tu bunuh sendiri? Pelik tapi okay saya terima mungkin terlalu toksik sampai Noah tumbuh sebagai lelaki yang keras dan berjiwa teguh.
SKOR: 4/5
Ulasan