Langkau ke kandungan utama

Ebook First And Everlasting Love ~Penulis Adnil Zazff~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Zira nak kongsi ebook Zira baca iaitu First And Everlasting Love penulis Adnil Zaff. Beli dah lama tapi baru sekarang baca. 


Ulasan: Heidi dan Idraki adalah pasangan muda yang berkahwin awal. Awal perkahwinan memang ditentang awal². Terutama keluarga Idraki yang mementingkan status. Sedaya upaya Idraki dan Heidi bertahan dalam hubungan ni. Idraki kejar cita-cita manakala Heidi menunggu suaminya dan akhirnya Heidi pergi meninggalkan kampung yang penuh dengan kekejaman. Begitu juga dengan Idraki, mereka berdua terpisah dengan pelbagai dugaan hidup sehingga bertemu semula selepas 11 tahun berpisah. Masing² mempunyai kerjaya dan mereka berdua berbincang untuk mula semula tapi tak semudah itu. Heidi terikat dengan kerjanya jadi memaksa mereka buat hubungan jarak jauh. Idraki memang seorang lelaki setia. Betul² matang dalam kehidupan. Memang family Idraki buat dia jadi lelaki yang berdiri sendiri tanpa takut. Klo dulu dia lemah dan bergantung tapi sekarang dia berjaya seiring dengan isterinya yang dah berkerjaya. Kehidupan model nampak indah, kaya, dam glamor tapi penuh menyakitkan. Heidi selalu menangis menenangkan nasibnya dan jadi kuat untuk teruskan hidup. Novel ini banyak nasihat dan tauladan yang membuat saya berfikir tentang kehidupan. Banyak moral dan pembelajaran hidup dari semua watak dalam ni. Akhirnya Heidi dan Idraki bahagia dengan kehidupan masing-masing disamping dengan keluarga yang besar. Setiap kebaikan ada balasan baik. 


Rating: 5/5 bintang!  

Tahun Terbit: 2022

Penerbit: FR Amar Publication

Bil. M/S Buku: 571 Helai

Belakang Buku:  Tiada


Ulasan