Langkau ke kandungan utama

Novel Bunian ~Penulis Anuar Darwisy~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Zira nak kongsi novel Zira baca iaitu Bunian penulis Anuar Darwisy. Lepas baca memang sikit sebanyak susah nak tido. Walaupun novel ni tak la keluar hantu tiba² tapi rasa la seramnya. Zira suka sebab jalan cerita dia sebab sarat dengan mesej kebaikan. Klo tunjuk jahat tu memang mereman laa. Sama seperti novel The Story Maria jalan akhirnya memang suspen betul la. Masa memainkan peranan yang penting tau. Zira baca sampai rasa sayang tak boleh berhenti huhuhu. 

Kisah bermula pada tahun 1942, zaman penjajah jepun. Ada kelurga ni diseksa oleh tentera jepun jadi salah seorang dari bangsa Bunian ni menolong mereka. Rupanya perbuatan menolong manusia adalah kesalahan yang besar bagi Bunian. Selepas ayah ditembak mati, Asiah (mak) dan Manisah (anak) keluar dari kampung mereka bersama 3 orang lelaki penduduk kampung juga iaitu Budiman, Johari dan Nasir. Mereka masuk kedalam hutan terus sampai ke alam bunian iaitu mereka masuk di lembah Ratu jadi perjalanan merka di gangu oleh ratu ular dan ratu kala jengking. Mereka berpecah selepas diserang oleh ratu kala jengking. Nasir mati, Johari hilang, Budiman terselamat dibawa terbang oleh Lang, penduduk Rajawali. Asiah dan Manisah terpisah, Asiah masuk lembah ratu ular dan menjadi tahanan di sana dan Manisah terselamat di Srigading oleh Putera dan Cempaka. Kerajaan Bunian terdiri daripada Kerajaan Rajawali, Kerajaan Sriganding (ular putih dan bura/anjing), Kerajaan Ratu Kala Jengking dan Kerajaan Ular. Kerajaan Sriganding diperintah oleh Anjang dan Cempaka. Anjang merupakan manusia dan dia masuk alam bunian terjumpa Marid abang kepada Cempaka. Dan mereka pun berkahwin dah dapat anak iaitu Putera. Tapi Anjang memang benci dengan manusia jadi dia memang tak suka manusia masuk dalam alam bunian atau orang bunian menolong manusia. Dan tu lah undang² atau piagam kerajaan bunian. Ratu kala jengking buat rancangan dengn ratu ular untuk rampas Kerajaan Sriganding. Mereka menghasut Anjang dan tipu musliat dengan memaksa Putera dihakimi dengan kesalahan membantu manusia. Dan dari situ perang bunian tercetus. Masa nak hantar Asiah dan Manisah ke alam manusia, Putera dan Lang diserang oleh ratu ular. Mereka diselamatkan oleh Johari yang jadi jelmanan ular. Nasib baik hati Johari masih baik. Johari buat keputusan menetap terus di alam bunian bersama budiman. Apabila Asiah dan Manisah berjaya keluar dari alam buniah rupanya mereka diekori oleh Ratu ular. Dan kerajaan bunian yang dulunya aman damai bertukar menjadi teruk selepas di ambil alih oleh ratu kala jengking. 

Kembali pada tahun 2019, Safiuddin, Linda dan Syafiqah daftar masuk larian jarak jauh Rentas Ultra Gopeng.  Dalam perjalanan mereka bertiga diganggu. Malahan dah sampai tempat peninapan pun mereka digangu. Mujur Mak Andak ada. Keesokan harinya Safiuddin dan Syafiqah masuk larian tapi linda di hospital kerana deman terkejut. Semasa larian, mereka diganggu dan akhirnya mereka terpisah jauh. Safiuddin akhirnya masuk dalam alam bunian dan sesat. Manakala Syafiqah dan Linda terus menerus diganggu. Ayah Safiuddin, Yazid dan Mak Andak terus mencari Safiuddin walaupun dalam masa yang sama diganggu. Sikit demi sikit mereka selesai yang membawa penemuan kisah kehidupan ayah Yazid dan Mak Andak. 

Yazid masuk alam bunian dengan membawa tongkat dan disitu mereka bertemu dengan Budiman, Kenari dan Johari. Mereka dipertemukan Putera yang didakwa hilang selepas kerajaan Sriganding jatuh. Dalam masa yang sama Safiuddin menjadi tahanan Ratu kala jengking. Dia buat upacara untuk menjadikan bunian dan manusia bergabung bersama untuk menguasainya dengan pertolongan iblis. Safiuddin dan Syafiqah berlari keluar dari tahanan ratu kala jengking dan terjumpa Lang. Mereka bersama keluar dari tahanan. Ratu kala jengking mengejar mereka sehingga mereka berjumpa dengan Putera dan semunya. Putera terus la balas dendam. Yelah sebagai kalifah or hidup yang bernyawa walaupun manusia sekalipun, dendam dan marah memang susah nak kawal. Sebab tu tongkat cempaka dijaga oleh manusia kerana tak nak hilang kawalan. Ratu kala jengking ditewaskan. Yazir, Safiuddin dan Syafiqah balik alam manusia. Tapi kisah ni tidak berhenti, Linda bagitahu apa yng dia alami sepanjang mereka berdua tak ada. Linda bergitu taksud dengannya telah membuat kajian. Safiuddin dan Syafiqah mula rasa pelik. Pada malam kejadian berulang dan Safiuddin diculik! Yazid, mak andak, linda dan mak linda mencari dan terjumpa dengan ayah angkat ratu ular. Mula² mereka hampir jadi seteru ialah ayah angkat mahu pertahankan anak angkatnya. Mereka bersama berjumpa ratu ular di tempat ritual dan berusaha untuk mengagalkan sekali lagi untuk menguasai alam bunian dan manusia. Plot memang mengejutkan.. dalam kitaran hidup sahabat anatara Safiuddin, Syafiqah dan Linda. Akhirnya mereka tetap bersahabat baik. 

Sebab tu Zira cakap memang tak boleh berhenti klo baca buku ni. Memang bahaya betu! 😆😆😆😆 Bovel ni paling cepat Zira baca dari The Story Maria sebab novel ni tak menakutkan macam Novel tu. 😂

Rating: 5/5 bintang! 
Tahun Terbit: 2020
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel 
Bil. M/S Buku: 363 Helai
Belakang Buku:  
Penyertaan Safiuddin dan kawan-kawannya di dalam perlumbaan larian jarak jauh merentasi hutan yang asalnya menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan bertukar menjadi mimpi ngeri buat mereka. Kejadian demi kejadian menyeramkan menghantui setiap seorang daripada mereka sehinggalah membawa kepada kehilangan yang menggemparkan satu negara.

“Selagi tidak berlanggar akidah, aku sanggup! Aku nak cari anak aku sampai jumpa!”– Yazid
“Tapi risikonya tinggi, Yazid. Aku ingat lagi kata-kata abah, sekelip mata di sana bagaikan separuh puntung rokok terbakar di sini. Itu baru perbandingan yang kecil.” – Mak Andak

Tanpa mereka sedar, kehilangan itu telah mengheret mereka dalam kancah dunia makhluk halus yang sedang bergolak. Di sana, manusia diperangi. Putera, yang mempunyai sifat belas ihsan dan baik hati telah menolong ramai manusia yang terkandas di dunianya secara diam-diam. Tetapi pertolongannya kali ini dapat dihidu seterunya. 

“Ini kesalahan Putera yang pertama, abang. Tolonglah maafkan dia. Bagi dia peluang untuk patuh pada piagam Srigading. Saya sendiri akan membimbingnya.” – Cempaka Kantil Putih

Dapatkah Safiuddin dan kawan-kawannya diselamatkan? Dan apa pula kaitan mereka dengan kejadian hilang yang pernah berlaku pada tahun 1942 hingga tertulis dalam sejarah pembukaan sebuah kampung di Gopeng, Perak?

Ulasan