Langkau ke kandungan utama

Ebook Tiada Lagi Cinta ~Penulis Wan Nur Najihah~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Zira nak kongsi ebook Zira baca iaitu Tiada Lagi Cinta penulis Wan Nur Najihah. Ebook baru lagi keluar pada 5.8.2022. Ebook Tiada Lagi Cinta ni mengisahkan Mir yang dahulunya pernah jadi terkenal dengan Instafamous dan tiktokers dan pernah berkahwin dan bahagia tapi diceraikan. 8 tahun bersendirian dengan jauh dari tumpuan ramai, dia bertemu jodoh ke 2 di tempat kerja iaitu Jazri. Mereka berkahwin. Permulaan mereka kahwin pun Mir rasa dah selesa. Keluarga Jazri ni mulut main lepas jer. Jazri ni memang anak mak. Apa mak cakap dia ikut. Duk pun serumah dengan mak. Campur tangan keluarga mentua dalam perkahwinan dia membuat dia memendam rasa. Apatah lagi kak ipar dia selalu menyibuk, mengata dan mencari salah dia. (Pendek cerita Zira memang tak suka la keluarga Jazri). Dalam masa yang masa Mir berjumpa dengan bekas suaminya Elman. Angkara fitnah yang dibuat oleh kak linda, Mereka bercerai. Setahun selepas itu, mereka berjumpa kembali, Jazri merayu tapi Mir tak nak. Jazri tak puas hati , dia menolak Mir sehingga kemalangan. Akhirnya masing² dapat balasan. Dan Mir bahagia hidup dengan Elman. Moral ebook ni, jangan terlalu percaya cakap orang luar walaupun keluarga sendiri. Dah berkahwin itu, maka elok la berbincang suami isteri sebelum campur tangan kelurga. Pengalaman lalu merupakan pengajaran hidup untuk masa depan. Berkahwin dengan janda atau duda ni klo boleh ada common sense la. Tak semua boleh jadi bahan lawak betul tak? Jangan jadi macam kak ipar Mir tu, suka fitnah, mengata, bercakap buruk sampai akhirnya diri dia bermadu. Dan akhirnya masuk penjara disebabkan kata² nya. Peribahasa kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Bagi mak Jazri, memang bagus anak sayang mak dan jadi anak mak tapi sayang tu berpada laa. Ni sampai baju kena kutip basuh, pinggan kena basuh, anak tu jadi raja... amboi amboi.. sorry to say la.. memang tak guna hidup. Seelok² laa, ajar anak lelaki buat kerja rumah. Malu la jadi lelaki, tapi serba serbi ibu atau isteri yang buatkan. Huh!  Eh eh membebel pula Zira ni hahaha 😆 

Rating: 5/5 bintang! 
Tahun Terbit: 2022
Penerbit: Wan Nur Najihah
Bil. M/S Buku: 427 Helai
Blurb: 
“Mirza Rasyiqah binti Iswadi, aku ceraikan kau dengan talak satu.”

Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta musnah di saat Mirza berada di kemuncak kerjaya. Kecewa diceraikan oleh suami tercinta dia bawa diri. 

Ditinggalkan segala dunia glamor demi mencari kebahagiaan sendiri.

Sembilan tahun menyendiri, kehadiran Jazri berjaya mengetuk pintu hati. Puas ditolak, lelaki itu makin mendekat. Berulang kali mengata hati ikhlas mahu memperisterikan dia. Tanpa mengira apa statusnya.

“Mirza Rasyiqah, saya suka awak.”

Peluang diberi. Berharap tidak disia-siakan. Perkahwinan berlangsung. Janji lelaki itu untuk menjaganya.

Tapi sayang seribu kali sayang, bahagia yang diimpi derita yang datang. Janji yang terlafaz sebelum kahwin hanya penipuan.

“Mak nak tegur sikit. Ni semua tugas-tugas Mir. Tak patut Mir suruh Jaz basuh pinggan. Dia suami. Kerja dia makan je. Pinggan dia tu Mir yang kena cuci. Mir jangan buat anak mak macam bibik.” – Puan Majeeda (Ibu mentua)

“Alah, bosan akak asyik naik Viva dia je. Alang-alang Mir dah pakai Honda boleh akak pinjam. Boleh ya Mir. Nak jugak akak bergaya. Biar terbeliak bijik mata orang kampung tengok. Nak pakai dorang tak mampu.” – Kak Linda (biras)

 “Abang buat loan. Tapi guna nama Mirlah. Sah- sah lepas.”- Jazri (suami)

Dalam pada berhati-hati rupanya Mirza sedar bahawa kali ini dia tersalah pilih suami. Tak pernah dia sangka keluarga mentuanya keluarga toksik. 

Cuba bertahan demi cinta, tapi sayang cintanya tak dihargai.

Hanya pertemuan tak dijangka dengan bekas suami, Jazri salah sangka.

“Kau buat maksiat, dalam bilik aku. Sampai mati aku tak akan maafkan kau.” – Jazri

“Ha, dia dah minta. Kau ceraikan je. Jangan jadi laki dayus! Buat rugi simpan perempuan murah macam ni.” – Linda

Di mana silapnya? Keputusan untuk tinggal bersama keluarga mentua akhirnya mendatangkan padah. Dia bertahan tapi kiri kanan dirinya diuji dengan masalah. Setiap apa yang dibuat pasti ada yang tidak kena.

“Report polis. Bawak kes ni ke mahkamah. Ambil tindakan atas apa yang dia dah buat. Saman jugak biras awak sebagai orang ketiga yang ganggu rumah tangga awak. Jangan diam diri macam ni.” – Elman

Lelaki yang pernah menceraikannya datang sewaktu diri diuji. Memberi nasihat dan semangat. Dengan nama sebagai kawan. Tidak mahu dia dalam derita.

Mirza keliru. 

Antara mempertahankan hubungan atau melepaskan mana yang akan jadi pilihan? Adakah Jazri akan menghargai cintanya? Atau melepaskan apa yang dimiliki demi kebahagiaan sendiri?

Ulasan