Langkau ke kandungan utama

Novel Jadikan Aku Perlindungmu ~Penulis Miss Cactus~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Zira nak kongsi novel Zira baca iaitu Jadikan Aku Perlindungmu penulis Miss Cactus. Kisah rumahtangga. Bunga tak dapat mengandung, jadi suaminya Hadif mengelar dia mandul. Dalam masa yang sama Hadif bermain cinta dengan isteri kawan sekerja isterinya Aurelia sehingga mengandung. Aurelia ni janda tapi Bunga tak tahu. Bila perkahwinan Hadif dengan Aurelia baru Bunga tahu dan hari tu Bunga di ceraikan. Bunga berhenti kerja dan berkerja di tempat lain. Pada masa yang sama masa pergolakan rumahtangga Bunga dan Hadif, Attar hadir hulur bantuan. Bunga jadi janda dia datang tolong dan bagitahu isi hatinya. Seperti biasa heroin mesti la tolka sebba rasa tak sesuai. Dia janda Attar bujang mana padan kata Bunga la. Lepas jadi isteri Hadif, Aurelia masih tak puas hati. Masih mahu berdendam dengan Bunga. Dia mengajak Muna dan Feroz yang memang berdendam dengan Bunga. Attar selalu melindungi Bunga dari kekejaman mereka. Akhirnya mereka dapat balasan masing² dan Bunga mengandung lagi dan lagi hahaha. 

Rating: 4/5 bintang! 
Tahun Terbit: 2020
Penerbit: Suara Hati Publication 
Bil. M/S Buku: 552 Helai
Belakang Buku:  
“Kalau betul kau sayangkan aku, aku nak kau hadir masa hari pernikahan aku. Lagipun, kau mesti nak tahu siapa bakal madu kau.”

Kejam!!!

Itulah yang Bunga rasakan. Hanya kerana tidak mampu melahirkan zuriat, Hadif tegar menduakan dirinya atas sokongan Umi Habibah.

Di saat badai melanda, muncul seorang lelaki misteri dalam hidupnya.

“Attaf….”

“Good. Remember my name, pretty?”

Bunga takut menerima cinta Attaf kerana kekurangan yang ada pada dirinya. Maka alasan demi alasan dicipta untuk membuatkan Attaf berhenti mengejar cintanya.

“Saya dah buat pilihan. Saya hanya akan kahwin dengan The One Black.”

“Kalau macam tu saya akan rampas awak daripada dia.”

Di saat Bunga bersedia menerima Attaf, seseorang telah kehilangan nyawanya. Mampukah Attaf menjadi pelindung buat Bunganya? Siapa pula The One Black yang sering kali meniti di bibir Bunga?

Segalanya terjawab di dalam naskhah manis ini, JADIKAN AKU PELINDUNGMU.

Ulasan