Langkau ke kandungan utama

Novel The Millionaire Next Door ~Penulis Puteri Jacaranda~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Zira nak kongsi novel Zira baca iaitu The Millionaire Next Door penulis Puteri Jacaranda. Tajuk novel macam english book tapi novel ni novel melayu. Suka dengan penulis Puteri Jacaranda sebab penulisannya matang dan berani. Tak berat dan tak la santai. Sekali baca memang kena habis juga. 

Pendapat peribadi:

Teja seorang selebriti yang terkenal sejak dia berumur 17 tahun lagi. Dulu dia dan arwah mak dia berniaga nasi lemak gerai dan sekarang dia jadi selebriti kelas A. Pada usainya 25 tahun, dia terpaksa berkerja kuat sebab nak bayar hutang ayah dan pakciknya. Sampai muflis dibuatnya! Kesian kat Teja ni. Dari pembacaan kita tahu selok belok dunia glamor yang bersinar tapi kelam. Orang cakap klo nak cepat kaya jadi artis tapi hakikatnya tak semudah macam tu. Untuk tak nak jadi Muflis, Teja kena kahwin dengan lelaki kaya, tapi dia nak limited edition guy. Rupanya jiran sebelah rumahnya seorang lelaki limited edition bertaraf millionaire!  Mereka bertemu dan yes mereka buat perjanjian yang akhirnya berkahwin. Masing² ada kepentingan iaitu Teja perlukan duit untuk bayar hutang² ayah dan pakciknya dan Tengku perlukan waris untuk sambung legasi keluarganya. Dalam masa yang sama kisah lalu Tengku mempunyai kaitan rapat. Mereka jalani hidup macam suami isteri walaupun pelbagai dugaan datang. Yela Teja menjalani misi memikat suami walaupun tak nampak sangat. Sebab Tengku ni seorang ego. Suka watak Teja walaupun terdedah pada dunia glomour tapi still kekalkan adat melayu dan islam walaupun yelah kita manusia ada silap dan salahnya. Siapa kita untuk menghukumnya. (Moral pada saya, islam agama kasih sayang dan kemaafan.). Teja disahkan mengandung tapi masa dia mengandung la kisah yang dia tak nak ingat di ungkitkan kembali. Kejam betul ayah dan pakciknya kan 😭. Teja jadi lemah dengan kecaman sekeliling jadi dia lari dari Tengku. Ending mesti la bersama dengan Tengku sebab Tengku merupakan stalker Teja! Macam-macam saya belajar dari novel ini. Redha dan maafkan. Jangan berdendam. Kadang² kesian dengan watak Alya tapi dia pilih jalan macam tu. Dan Teja contoh wanita yang berdikari. Walaupun ramai lelaki boleh tolong dia tapi dia tetap berdiri sendiri. Mempunyai kawan baik seperti Norul dan Laura memang best!

Rating: 5/5 bintang! 

Tahun Terbit: 2021

Penerbit: NovelPlus

Bil. M/S Buku: 715 Helai

Belakang Buku:  

Teja Aryana bakal diisytiharkan muflis ketika berusia 25 tahun. Dunianya yang dulu bergemerlapan tiba-tiba berubah gelap-gelita! Dia dieksploitasi oleh ahli keluarganya sendiri. Tiada siapa yang tahu di sebalik wajah cantik dan glamor itu, dia menanggung pelbagai ujian dan cabaran sebagai anak seni malah perlu menanggung hutang jutaan ringgit selain namanya akan disenarai hitam oleh Bank Negara! 

“Tolong beritahu aku? Apa yang aku harus buat sekarang? Aku bekerja bagai nak mati semata-mata untuk bayar hutang orang lain yang gunakan nama aku sebagai penjamin!” - Teja Aryana. 

“Marry a super-rich man!” - Laura 

Teja Aryana tersentak dengan jawapan sahabatnya Laura! Adakah itu jalan keluar daripada masalah besarnya kali ini? Siapa pula lelaki yang mahu berkahwin dengan perempuan muflis sepertinya?

Maybe... The millionaire next door? 

Ya! Impian Teja Aryana tercapai untuk mengahwini lelaki itu dengan bersyarat! Dia perlu melepaskan hak-hak seorang ibu kepada pewaris Tengku Behzad! Surrogate mother atau ibu tumpang versi yang lebih halal? Ya... itulah perjanjiannya. Surrogate wife for Mr. Millionaire.


Ulasan