Langkau ke kandungan utama

Azrahel: Si Penjejak Kubur

Tajuk - Azrahel: Si Penjejak Kubur

Penulis - Abu Huzaifah Bidin

Harga - RM33

Sinopsis - Pada tahun 2099, dunia sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus-ratus juta mayat yang bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya?

Ketika inilah wujudnya penjejak kubur. Mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban dan membawa mayat itu pulang. Mercka perlu pergi ke medan perang demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung.

Azrahel, seorang penduduk bandar Kersani, merupakan penjejak kubur yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun. Dia diupah olch seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel mengejutkannya. Sejak itu, segala-galanya berubah.

Apakah yang ditemui oleh Azrahel? Apakah nasib bandar Kersani selepas itu?

Review - Azrahel, si penjejak kubur aka si penjejak mayat sebenarnya. Kerja dia mencari mayat tentera yang terkoban di medan perang untuk di bawa balik. Dia diupah oleh isteri usahawan bagi mencari suaminya di medan perang. Masa mencari mayat itu, mayat tu hidup semula! Dia nampak mayat hidup semula tu mati ditembak oleh perempuan bermata merah. Rupanya itu teman karibnya sejak kecik, Juliana.

Sejak dari ikut hidup Azrahel mula berubah, dia mencari punca kenapa semua itu terjadi. 

Kisah masa depan yang canggih tapi keburukannya peperangan dan percemaran. Bila manusia kaya rakus membina empaya, yang jadi mangsa yang golongan serderhana, yang miskin, yang kurang kemampuan. 

Azrahel, ni seorang yang sangat sayang kawan-kawanya walaupun ada kawannya tikam belakang dia disebabkan wang. Dia seorang yang bersemangat mahu tahu sesuatu dan cepat memaafkan walapun orang tu buat silap. Cuma bahasa tu agak hmmm 🤔... Entah baca sendiri la haha. So far, baca ni saya rasa manusia dan AI tu kawan karib sedangkan AI tu komputer yang diprogram kan. Bayangkan ita ada AI macam itu, apa kita buat yea? Azrahel seorang yang simple thinking. Sedangkn setiap permasalahan itu berhubung dengan dia dan dia ni kadang² belajar dari kesilapan kadang² tak pun.. akhirnya Azrahel jalan hidupnya. 

Lebih baik hidup ada nilai kemanusiaan daripada jadi manusia patung. 

Rating - ⭐⭐⭐⭐/5

Ulasan