Langkau ke kandungan utama

Kimia


Tajuk: Kimia

Penulis: Akyelrahim

Harga: RM 38

Sinopsis: Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Si jejaka pula, mulut manis bergula buat hati Zink dikunjungi musim bunga setiap masa.

Bermula daripada pasangan eksperimen, tiba-tiba hati dilambung cinta membuatkan kedua-duanya setuju untuk berkongsi rasa. Apabila cinta dan kimia disatukan dalam satu cerita,

“Zink, I love Uranium.”
“Potassium Caan.”

Orang kata cinta itu macam kimia. Tapi, dalam kimia, tidak semestinya sesuatu tindak balas itu akan kekal sama, dari awal hingga akhirnya. The chemicals could be contaminated, and it should be eliminated… right away. Eksperimen yang baharu harus dimulakan. 

“Kita still kawan, kan?” – Zink

“Aku pernah putus cinta sekali, tapi aku tak nak putus lagi sekali. Sebab macam kau cakap, kawan pun cinta. Cukup hilang kau sekali je, I can’t afford to lose you twice.” – Caan

Mampukah hubungan mereka bertahan hingga ke akhirnya? Ikuti perjalanan suka duka mereka dalam Kimia!

Review: Bila tajuk kimia, semua page mesti pasal kimia. Perasan itu kimia tau. Kisah pelajar universiti bercinta 1 kelas. Belajar sama² akhirnya jatuh cinta. Konflik bila hero iaitu Caan bukan seorang pelajar yang cermelang. Nak kata dia bermain² tak tapi mungkin dia mmg tak sesuai dengan belajar semua subjek kimia jadi results makin teruk akhirnya dia berhenti belajar. 

Bila mana mereka berdua LDR (Long Distance Relationship) setia dan jeles jadi pertaruhan. Zink dengan sikap tak faham cinta dan Caan dengan sikap buat keputusan terburu².. akhirnya mereka berpisah. Selama 3 tahun tu mereka memendam perasan. Cinta monyet or cinta pertama? Akhirnya mereka disatukan dan happy ending. Bab² akhir memang sweet tapi mendatar. Apa² pun kisah budak U bercinta semuanya nampak indah kannnn..... 😊

Rating: ⭐⭐⭐⭐/5

Ulasan