Langkau ke kandungan utama

Tunang Ke-9


Tajuk: Tunang Ke-9

Penulis: Anabella

Harga: RM31

Sinopsis: Elman Shah, tiada apa yang lebih hebat tentang dirinya berbanding dia telah menjadikan lapan orang gadis sebagai bekas tunangnya.

"Bagi aku, dalam dunia ni, perempuan cuma ada dua jenis. Jenis jual murah dan jenis jual mahal. Kedua-duanya, sampah!" - Shah

"Awak tak tahu ke jenis perempuan yang ketiga?"- Reny Fathia

"Apa?" - Shah

"Perempuan yang tak ingin jual apa-apa pada sampah macam awak!"- Reny Fathia.

Nah, bila jumpa cinta pertama zaman sekolahnya, terus terduduk Shah. Bila tiba masa untuk menakluk hati gadis yang paling dicintainya, Shah menemui jalan buntu! Gadis versi Beauty and The Beast. Dialah Beauty, dia juga The Beast! Mengentahui Reny ialah kesayangan Benjamin Martin, lelaki serba-serbi sempurna juga setia menambahkan dendam Shah pada masa silam. Pelbagai cara diatur dengan niat untuk merodok hati si pencuri hati. Pertelingkahan antara Elman Shah dan Benjamin Martin membawa kepada tragedi yang tidak disangka. 

"Stop it! Aku tak percaya kata-kata kau! Sebab aku tak cintakan kau, dan aku cintakan dia, kau gunakan cara kotor untuk hapuskan dia?! Manusia jenis apa kau ni?! - Reny

"Macam mana dengan aku?! Kau tak pernah sayangkan aku?! Kau cuma bimbang pasal Ben! Kau tak kesah kan klai aku yanh mati?!" - Shah

"Ya, aku tak kaseh! Kau nak mati?! Kau peegi mati!" - Reny

Elman Shah dengan dendam rindunya, Benjamin bersama cinta tidk berpenghujunh dan Reny dibelenggu memori silam. Bila tiga insan ini bersilang dalam satu takdir yanh merumitkan, bisakah salah satu dafipada mereka lepas tangan dengan alasan, cinta sejati tidak semestinya memiliki? 

Biar putih mata, jangn berhitam hati. Biar cinta terlepas, jangan imn terbabas...

Bagi mereka... kalau dah cinta, kenapa tak perjuanhkan sampai mati?!

Review: Saya cuba habiskan walaupun novel ni akan meleret jalan ceritanya. Tapi selamat ada la sikit kelakah pergaduhan Reny dan Shah dan sweet jiwang Benjamin, Shah, Jazmi. 

Reny, gadis cantik yang dulunya kaya dan punya segalannya. Berkawan baik dengan Shah sejak zaman sekolah sampai Shah ada hati dengan Reny. Tapi disebabkan salah faham mereka terpisah. 

Bertemu ketika dewasa, membuatkan Shah yang menyimpan dendam cinta terus mengacau kehidupan Reny. Manakala Reny redha je la sebab dia rasa bersalah menyebabkan Shah bersikap macam tu dan kehendakam kehidupan membuatkan dia membanting tulang untuk terus mencari duit kerana Reny bukan anak orang kaya lagi. 

Setelah kebenaran terungkap tentang keluarga Reny, family Shah terus membantu Reny walaupun anaknya yang sulung tak suka. Shah mula memikat hati Reny. Konflik terjadi bila mana tunang² tak jadi Shah mula menganas. Tapi mereka akhirnya berkahwin. Dan Benjamin mengalah dengan takdirnya, walaupun cintanya menggunung buat Reny tapi mereka tetap berbeza. 

So far, novel ni untuk baca santai walaupun watak dalam ni bertambah walaupun dalam bulatannya sama. Seronoknya bila kawan baik berkahwin kawan baik sendiri. Konsep tu yang orang bertuah jee. Tak logik bila dalam ni semua lelaki nak handsome macam kayangan dan perempuan walaupun tak bersiap still cantik sampai tak berkelio hahaha. Apa² pun tak kisah la dah novel fantasi ala² kayangan kan hahaha. Ada unsur Islamic walaupun tak islamic tapi Alhamdulillah manusia mudah alpa termasuk saya. Jadi baca buku ni boleh la muhasabah diri hehehe.

Rating: ⭐⭐⭐/5

Ulasan