Langkau ke kandungan utama

Partner In Love

 Tajuk: Partner in Love

Penulis: Sophia

Harga: RM28

Sinopsis: 

Khalisa gadis janitor yang bukan biasa-biasa.

Rayyan pula seorang doktor yang diselubungi dengan misteri keluarga.

Kedua-duanya punya ego dan prinsip yang ingin dipertahankan. Namun kerana sebuah rubik's cube, mereka bertemu.

Satu kejadian telah mendekatkan mereka bertemu. 

Satu persoalan telah merapatkan mereka.

Dan keranan satu janji, kedua-duannya saling terikat dalam keterpaksaan. 

Khalisa setuju untuk membantu Ryyan mencari sebuah kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh keluarga Rayyan.

Rayyan pula terpaksa meneriama bantuan itu keran itulah permintaan terakhir arwah ayahnya.

Mereka merentas dunia, menjelajah zon masa demi mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Teka teki terakhir perlu diselesaikan demi meraih sebuah jawapan. Namun, semakin mereka menggali rahsia yang lama terkubur, semakin rumit dirasakan.

"You crrack the code, I'll get the answer..."

Teaser:

#1 - Wanita itu berdeham perlahan. Janggal dirasakannya kini. Kenapa keadaan antara mereka jadi bergini? Kenapa perlu rasa kekok sedangkan suatu ketika dahulu mereka sangat rapat?

Lelaki itu berpaling perlahan-lahan. Matanya tenang namun tajum memandang wajah jelita milik wanita itu. Wajah yang sama, masih tetap cantik seperti kali terakhir dia lihat wanita ini dulu.

Si wanita turut menatap lelaki itu. Buat seketika keadaan dirasakan bunyi. Masa seakan berhenti. Tersa hanya ada mereka pada ruangan ini.

Tanpa sedar bibir wanita itu mengorak senyum melihat wajah yang dirindunya. Dia ingin berkata sesuatu tapi ayat yang keluar terlebih dahulu daripada lelaki itu mematikan niatnya. Duniannya terasa seakan-akan hancur. Harapan yang selama ini dibinanya terasa musnh. Segalanya perancangan yang dirancang terasa sia-sia.

"You betrayed me..."

Teaser:

#2 Sheyleigh mula pucat apabila tahu keda-dua anak dan suaminya turut berada di sini. Dia terpaku memandang lantai.

"Ma, siapa ni?" tanya Raiyan. Lelaki yang berdiri di sebelah gadis genit itu sangat menarik perhatiannya. Dia bertentangan mata dengan Rayyan. Seakan-akan melihat ke dalam matanya sendiri.

Sheyleigh terdiam. Bibirnya kelu. Irama jantungnya laju. Nafas yang ingin dihela terasa sesak. Peluh dingin mula merenik di dahinya.

"Shay."

Panggilan daripada Eden, suaminya menyentak kesedaran Shayleigh. Dia berpaling memandang Eden yang sedang memandangnya dengan kening terangkat. Mata Shayleigh turut memandang wajah Raiyah dan Rayqa yang sedang memandangnya dengan riak tanda tanya.

"They are..." Shayleigh jeda seketika. "...nobody,"
Teaser:

#3 "Kau ada orang special?" Soalan dijawab soalan.
"Special macam mana?" Dahi Rayyan berkerut.
"Kau ada makwe?"
Hampir tersedak air yang diminum Rayyan.
"Kenapa..."
"Jawab soalan aku,"pintas Khalisa terus.
"Tak ada!" Otak rayyan ligat mencipta serang balas andai Khalisa mengejknya nanti.
"Good. Jom kita selesaikan first task tu."ajak Khalisa.
Rayyan terksima. Laju dia memandang ke aras Khalisa yaang turut memandangnya. wajah gadis itu bersahaja riaknya.
Review: Hubungan antara Khalisa dan pesakit yang bernama Ariffin bermula dengan bermain catur. Setiap kata² yang terkeluar dari Ariffin mengandungi makna yang mendalam membuatkan Khalish cuka menghabiskan masa dengan pakcik tu. Khalisa dan Rayyan mula bertemu jadi seteru sewaktu Rayyan mahu memanggil Ariffin. Bermain lawan mata bukan lawan mata untuk flirting 🤣. Rayyan tak suka dikalahkan manakala Khalisa pantang menyerah kalah. Kemalangan kawan karib Khalisa, Insyirah membuatkan dia meminta bantuan dari Ariffin. Tapi Ariffin menghulur bantuan dengan bersyarat, maka mereka terikat pada janji bagi menlindungi rahsia. Jadi apa rahsia tu??? 

Ariffin meninggal dunia ketika Khalisa cuba selesaikan clue pertama. Clues pertama berserta amanat yang Khalisa perlu jaga Rayyan. Jadi disebabkan itu Khalisa ikut Rayyan untuk selesaikan mysteries kewujudan Rayyan. Mereka mula buat persiapan bersama² dan menuju ke Cameron Highland. Di situ mereka dapat clues.... clues berkahwin!??!! 

Mula² Khalisa dapat pilihan sama ada walk away atau stay, apabila Khalisa buat pilihan untuk stay, mereka rapat clue yang mereka kena kahwin. Jadi mereka berkahwin untuk clue yang seterusnya. Macam mereka jangka, bukan mereka berdua je... ada orang memerhatikan mereka. Tapi mereka serasi bersama walaupun perkahwinan cara macam tu. Masing² terima kekurangan dan kelebihan. Jadi mereka teruskan hidup macam biasa bersama² untuk mencari kebenaran kewujudan Rayyan.

Mereka mula mencari clue sampai mengembara dunia...  akhirnya bertemu dengan ibu rayyan dan mereka mengetahui sejarah keluarga yang menyebabkan Rayyan dan Ariffin berpisah dengan ibu rayyan. Kebenaran di bongkarkan. dan akhir watak dalam novel ni ada bahagiannya.

Saya suka dengan clue dan jalan ceritanya. Kadang penulis selitkan nasihat. Saya setuju kadang-kadang ibubapa ada juga buat salah dalam menentukan kehidupan anak-anak. Apa-apa pun bagi saya, saya suka novel ni macam ala-ala novel detective tapi terselit percintaan. Rayyan dan Khalisa prefect combine couple bila bersama. As friend, as partners,  as envy tapi tetap bersatu walaupun ada tentangan. Hubungan keluarga pun kuat walaupun dah lama tak jumpa. Setiap manusia ada salah tapi manusia ada hati untuk memaafkan. 

Yang tersembunyi itu... ada sebabnya.... - Partner in Love by Sophia. 

Rating: ⭐⭐⭐⭐/5

Ulasan