Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2024

Sayap Berlian

Imej
Tajuk : Sayap Berlian Penulis : Nurkariema Mula membaca : 25 Ogos 2024 Tamat membaca : 25 Ogos 2024 Belakang buku :  Tengku Jalil merancang untuk membalas dendam kematian ayahnya. Dia mengajak Tengku Annas belayar dan merancang untuk membunuh abangnya sewaktu di tengah laut. Namun tragedi ribut yang berlaku tanpa disangka-sangka telah menggagalkan niat jahatnya. Tengku Annas terselamat tetapi koma di alam manusia, manakala Tengku Jalil sesat dan terperangkap di sebuah alam asing dikenali sebagai Kristaland. Dia berkenalan dengan seorang puteri yang menjadi buruan askar diraja. Akibat desakan hidup, Tengku Jalil dan Puteri Airlea mula bekerjasama untuk mencapai matlamat masing-masing. Namun dalam pengembaraan itu, satu demi satu rahsia terungkai. Semuanya berbalik kepada tragedi di sebalik kematian Tengku Badri dan kaitannya dengan kuasa yang dikenali sebagai Sayap Berlian yang berasal dari Alam Kristaland. Review bacaan : Akhirnya habis juga baca buku ni. Walaupun agak bosa

Love, yours

Imej
Tajuk : Love, yours Penulis : Akyelrahim  Mula membaca : 21 Ogos 2024 Tamat membaca : 24 Ogos 2024 Belakang buku :  Dia hanya insan sederhana, jauh dari sempurna.  Tapi yang jelas di mata ternyata bukan menggambar segala yang indah di dada. Bahagia, itu bukan daripada mata mereka, tapi bahagia itu apa yang kita rasa. Persetankan apa kata dunia, kerana ternyata bagiku yang sederhana itu jauh lebih agung daripada sempurna. "Kau yang istimewa, Dia yang sempurna." -Amalina- Review bacaan : Cinta antara 2 darjat. Lelaki miskin dan perempuan kaya. Tapi masalahnya perempuan ni so prefect!!! 🤭 Beza umur, harta dan pelajaran tapi semua tu tak bermakna jika dua hati saling jatuh cinta. Dan Fitri sangat matang, bertanggungjawab dan baik hati. Walaupun mereka berbeza tapi mereka sama² tahu tanggungjawab masing² walaupun orang sekeliling mengata mereka. Love, your ni memang kisah mereka berdua sebelum, semasa akad nikah dan kehidupan selepas berkahwin bersama anak-anak. Sedan

HELIOPHILE

Imej
Tajuk : Heliophile Penulis : Akyelrahim Mula membaca : 15 Ogos 2024 Tamat membaca : 17 Ogos 2024 Belakang buku : BEKU, ITU SIFATNYA. Nama dia Aarif Ahsan, tapi mereka panggil dia Sun, matahari. Dan satu-satunya yang boleh berada di sisinya adalah cahaya yang menjadi haba mencairkan hati sedingin ais. THE SUNSHINE. She is the one, the Sun's Sunshine. "I HATE DARKNESS" "Then, let me be your light" Reviu bacaan : Sweet.. kelakah dan nostalgia sangat. Kisah zaman budak sekolah menengah, universiti dan alam kerja serta perkahwinan. Serius subjek matematik paling sukar bukan saje NUR tapi saya juga masa bergelar pelajar. Markah tercorot walaupun subject lain semua score. NUR nasib ada SUN boleh ditolong. Bermula dari tutor matematik sampai akhirnya SUN luah perasan yang dia suka pada NUR di zaman sekolah, dan NUR pun ada feeling yang sama!!!!! Habis sekolah mereka tetap bersama walaupun berjauhan berbatu². Tipu laa tak ada gaduh, dengan perbezaan masa dan

King Haidar

Imej
Tajuk: King Haidar P enulis: Anjell Mula membaca: 165 Jun 2024 Tamat membaca: 11 Ogos 2024 Belakang buku: Takdir mereka sudah lama terjalin Mereka pernah mengalami fasa perpisahan seperti pasangan bercinta yang lain. Suria Andreana menjangkakan kisah cintanya dan Raja Haidar sudah berakhir. Namun, semuanya menjadi kompleks apabila lelaki itu kembali muncul dalam hidupnya. Tapi kali ini Suria tahu yang Haidar bukanlah sembarangan orang. Dia tahu perpisahan mereka dulu juga ada kisah di sebaliknya. Dan kemuncaknya, satu rahsia terbongkar! King Haidar juga dikenali dengan nama King. Dia bukanlah sekadar lelaki gentleman yang ceria dengan senyuman berlesung pipitnya. Personanya jauh lebih gelap daripada itu! Tapi, itulah yang buatkan Suria lebih tertarik pada Haidar. “You intrigued me. And I was attracted to you, like ferum to magnet – SURIA ANDREANA Rupa-rupanya banyak rahsia yang tersimpan. Baik Suria mahupun Haidar. Bagaikan satu kotak pandora yang dibuka, hidup Suria terus

KOYAK

Imej
Tajuk: Koyak Penulis: Aini Bakar Mula membaca: 5 Ogos 2024 Tamat membaca: 11 Ogos 2024 Belakang buku:  Hackers Malaya. Masyarakat menganggap mereka sekadar kumpulan anak muda yang punya banyak waktu berpeleseran di dunia maya. Ada yang menyokong. Tidak kurang yang mengecam. Tapi H dan rakan-rakan tidak peduli. Ada misi baru yang menanti. Ada rahsia pempengaruh selebriti yang perlu dibongkar; pendakwah songsang, usahawan penipu, pengarah setan. Walau dirancang dengan teliti, setiap tindakan Hackers Malaya cekap ditangkas musuh. Target mereka ternyata bukan calang-calang. Antara pengaruh dengan khabar angin, yang mana lebih dipercayai? Tatkala kebenaran disuakan, masih ada rahsia yang tersimpan rapi. Adakah H digula-gulakan rakan-rakan sendiri? Persoalannya sekarang, “Siapa pula yang patut kita koyakkan lepas ni?” Review bacaan: Macam bermain video game walaupun kadang² agak bosan bila imagine. Mungkin saya ni bukan pemain jadi bila cerita bab video game macm ML, PUBG or se