Love, yours


Tajuk: Love, yours

Penulis: Akyelrahim 

Mula membaca: 21 Ogos 2024

Tamat membaca: 24 Ogos 2024

Belakang buku

Dia hanya insan sederhana, jauh dari sempurna. 

Tapi yang jelas di mata ternyata bukan menggambar segala yang indah di dada.

Bahagia, itu bukan daripada mata mereka, tapi bahagia itu apa yang kita rasa.

Persetankan apa kata dunia, kerana ternyata bagiku yang sederhana itu jauh lebih agung daripada sempurna.

"Kau yang istimewa, Dia yang sempurna." -Amalina-

Review bacaan: Cinta antara 2 darjat. Lelaki miskin dan perempuan kaya. Tapi masalahnya perempuan ni so prefect!!! 🤭 Beza umur, harta dan pelajaran tapi semua tu tak bermakna jika dua hati saling jatuh cinta. Dan Fitri sangat matang, bertanggungjawab dan baik hati. Walaupun mereka berbeza tapi mereka sama² tahu tanggungjawab masing² walaupun orang sekeliling mengata mereka. Love, your ni memang kisah mereka berdua sebelum, semasa akad nikah dan kehidupan selepas berkahwin bersama anak-anak. Sedangkan lidah lagi tergigit, nikan pula suami isteri, tapi cara mereka berdua selesaikan sangat respect. 🫡 Betul la, cakap orang sekeliling memang tak boleh tutup ada je benda negative walaupun sebenarnya kita tak buat pun, tu sebab tu penting positive vibes. Jangan hirau orang cakap belakang kalau apa kita buat tu betul. Ingat Sun (novel Heliophile) tu sweet tapi Fitri lagi sweet semula jadi... arghhh sweet nya!!! 😆 Amal pula sangat sampoi. Fikiran dia jauh beza dengan common woman tentang fikiran buat i terfikir sederhana itu sebenarnya tenang dan damai. Walaupun gaji dia berangka² tapi dia tetap rendah diri cuma tula dia lantang bersuara dan kukuh berbeza dengan Fitri tapi Amal sangat menghormati Fitri. Fitri is best daddy for anak² dan husband for Amal. Sama dengan Heliophile saya beli novel anniversary edition jadi extra bab. 

Babak paling tak dapat dilupakan:

Fitri mengangguk sambil cuba sembunyikan kegembiraan kecilnya berjaya memenangi hati Amalina. "So, abang bukan first love Amal la kan?" Soal dia dalam candanya buatkan Amalina ketawa.

"Last love, aci tak?"

Ketawa mereka bergabung. Sedikit pun Fitri tak rasa curiga akan hati sang isteri. "Aci."

"Abang?" 

"Apa? Kenapa dengan abang?" Fitri tunjuk dadanya. Pelik dengan soalan sekerat daripada Amalina.

"Abang ada first love tak?"

Sekelip mata dahi yang hampir berlipat tadi kini sudah kembali ke bentuk asalnya. Giliran otot pipi pula yang bergerak hingga mata kian menyepet. "Ada."

Terdiam Amalina dengan jawapan tidak disangka-sangka Ustaz Fitri itu. "Ada? Siapa? Mesti ustazah-ustazah kan first love abang tu..." Meleret aje suara Amalina tanda dia berjauh hati. Sendiri tanya sendiri sakit hati.

"Ustazah? Bolehlah. Ustazah Amalina."

Watak paling disukai: Fitri dan Amal

Petikan menarik

"Amal nampak lagi cantik dekat luar daripada dalam kamera. Sebab tu abang kata kamera ni rosak"

Skor: 5⭐/5⭐

Status: THB / Syor

Emosi sepanjang pembacaan: Manis dan romantik!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~