HELIOPHILE

Tajuk: Heliophile

Penulis: Akyelrahim

Mula membaca: 15 Ogos 2024
Tamat membaca: 17 Ogos 2024

Belakang buku: BEKU, ITU SIFATNYA.
Nama dia Aarif Ahsan, tapi mereka panggil dia Sun, matahari.
Dan satu-satunya yang boleh berada di sisinya adalah cahaya yang menjadi haba mencairkan hati sedingin ais.
THE SUNSHINE.
She is the one, the Sun's Sunshine.
"I HATE DARKNESS"
"Then, let me be your light"

Reviu bacaan: Sweet.. kelakah dan nostalgia sangat. Kisah zaman budak sekolah menengah, universiti dan alam kerja serta perkahwinan. Serius subjek matematik paling sukar bukan saje NUR tapi saya juga masa bergelar pelajar. Markah tercorot walaupun subject lain semua score. NUR nasib ada SUN boleh ditolong. Bermula dari tutor matematik sampai akhirnya SUN luah perasan yang dia suka pada NUR di zaman sekolah, dan NUR pun ada feeling yang sama!!!!! Habis sekolah mereka tetap bersama walaupun berjauhan berbatu². Tipu laa tak ada gaduh, dengan perbezaan masa dan kesibukan NUR dan SUN, mereka break sekejap. Selepas berjumpa semula, mereka berkahwin. Bila berkahwin, dengan hadap perangai masing² yang kontra memang agak mencabar tapi perkahwinan ni adalah toak ansur jadi sangat sweet mereka berdua. Dari mula sampai anak berdua, mereka tetap suami isteri dan rakan terbaik yang selalu support each other. SUN dan NUR memang setia dan perangai sama dari sejak sekolah. Disebabkan saya beli yang "anniversary edition" ada 2 cerita tambah yang complete kan kisah SUN dan NUR. Cerita ni sangat santai, rasa feeling jadi budak² sekolah dulu walaupun diri ni dah tua sebenarnya hehehe. Ni buku yang ke 3 saya baca dari akyelrahim 😊

Babak paling tak dapat dilupakan
"But your action speaks louder than your words! Kalau payah sangat, break je la! Senang!"

Habis sahaja ayat itu meniti di bibir Sun, mereka berdua terdiam.

Lama kedua mereka menyepi.

Terkejut.

Sun langsung tak memaksudkan apa yang dia kata, itu hanyalah ayat dia cakap tanpa sempat di terfikir kerana dirasuki amarah.

Nur pula, terkedu. Tak sangka, akhirnya...

Apa yang dia takutkan selama ini, terjadi juga.

"Nur, sorry, just forget it, okay? I didn't mean it. Seriously. It just slipped out," bisik Sun perlahan sambil meraup muka, menyesal.

"No."

"Nur, please.  Aku tak sengaja, just forget it please?"

"Kau betul."

"Nur..."

"Maybe we should break up."

Watak paling disukai: SUN 

Petikan menarik
"You'll be mad, depressed, disappointed sebab kau dah habiskan masa kau dengan benda sia-sia. You want to be with me that damn badly until you abandon things that you like, but at one moment when we're not together, what will happen to you? Your hard work? Your sleepless night?"

Skor: 5⭐/5⭐
Status: THB / Syor
Emosi sepanjang pembacaan: Kelakah, Sweet dan Santai. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~