KOYAK


Tajuk: Koyak

Penulis: Aini Bakar

Mula membaca: 5 Ogos 2024

Tamat membaca: 11 Ogos 2024

Belakang buku: 

Hackers Malaya. Masyarakat menganggap mereka sekadar kumpulan anak muda yang punya banyak waktu berpeleseran di dunia maya. Ada yang menyokong. Tidak kurang yang mengecam. Tapi H dan rakan-rakan tidak peduli. Ada misi baru yang menanti. Ada rahsia pempengaruh selebriti yang perlu dibongkar; pendakwah songsang, usahawan penipu, pengarah setan.

Walau dirancang dengan teliti, setiap tindakan Hackers Malaya cekap ditangkas musuh. Target mereka ternyata bukan calang-calang. Antara pengaruh dengan khabar angin, yang mana lebih dipercayai? Tatkala kebenaran disuakan, masih ada rahsia yang tersimpan rapi. Adakah H digula-gulakan rakan-rakan sendiri?

Persoalannya sekarang, “Siapa pula yang patut kita koyakkan lepas ni?”

Review bacaan: Macam bermain video game walaupun kadang² agak bosan bila imagine. Mungkin saya ni bukan pemain jadi bila cerita bab video game macm ML, PUBG or seangkatan dengannya, saya tak tahu sangat. Hacker Malaya atau Satwa Tenggara, berkerjasama dengan Polis. Tugas mereka untuk jadi penyebar untuk kes seperti pendakwah, songsang, usahawan penipu, dan lain². Macam kumpulan itu di tubuhkan kena baca.

Bermula 5 orang ahli anons, H (ketua pasukan), Berns, Dave, Sip and Dip ditugaskan memantau Dato Sarif, usahawan popular dengan amal selepas 2 kes mereka selesai. Sewaktu dengan itu, Syahirah mahu berhenti kerja jadi diganti dengan Hiysam. Pada masa yang sama berlaku kejadian pada Kilang dan Pengusahaan Sarif. Hisyam masuk kerja di situ sebagai pengintip. 

Ceritanya tak ada lah suspicious sangat, agak mendatar walaupun ada kejadian culikan dan pembunuhan. Bagaimana plot twist dan bagi penulis mendedahkan 1 per 1 walaupun permulaan kita rasa tak mungkin dia. Macam mana orang jahat sebenarnya tapi bertopengkan baik walaupun di tutupi kebaikan yang buat kita kena berhati-hati. Tentu sekali penjenayah tak merasakan apa mereka buat itu sebenarnya kejam walaupun penjenayah menyalahkan keadaan semasa. 

Ending story, mereka berlima berjaya menyelesaikan masa itu tapi epilogi saya frust kenapa OKT (Orang Kena Tuduh) dapat lepaskan diri dan paling tak sangka kenapa proton saga hitam remuk ditempat kejadian? Adakah itu Adam? Selamat or mati? Novel ni bersambung ke??????

Babak paling tak dapat dilupakan: H aka Hiysam baru tahu Berns tu jantina perempuan iaitu Syahirah, perempuan yang paling dia tak suka terutama masa dia temuduga.

Watak paling disukai: Berns, H, Dave, Sid, Dip

Petikan menarik:

"Kan aku dah kata tadi. Ini si Kamarul tu punya kerja! Confirm kita kena overtime hari ni!" cebik pekerja senior. 

"Okaylah tu kan, bang? Dapat kita duit lebih!" Bercahaya wajah pekerja baharu.

Pekerja senior terlepas gelak.

"Duit lebih kau kata? Huh! Harammm...." jawabnya sinis.

"Angkat tong tu, masukkan dalam tangki mixer!" Pekerja senior memberi arahan, kembali fokus membuat kerja.

Pekeja baharu akur, menurut perintah. Dia mengendalikan kren khas bgi mengangkat tong aluminum 1000 liter yang berisi surfarktan, sebelum menolak dan melepaskan isi kandungnnya ke dalam tangki campuran penghomogenan detergen yang berada di tengah-tengah pelantar tempat merek berpijak.

"Teruk sangat ke Tuan Kamarul tu, bang?" tanya pekerja baharu lagi sambil menjalankan tugasnya.

Tidak jemu dia mahu mengorek rahsia. Selepas habis isi tong pertama itu dimasukkan ke dalam tangki mixer, masih ada dua tong lagi yang perlu dia angkat dan proses yang sama diulang.

Pekerja senior tidak mengendahkan soalan pekerja baharu. Dia sibuk memeriksa kandungan cecair yang dituangkan rakan kerjanya itu ke dalam tangki besar berkapasiti 5000 liter yang ada di depannya.

"Cepat, tong terakhir itu masukkan!" arahnya lagi kepada pemida berusia lewat 20-an itu.

Pekerja baharu sekadar mengangguk. Sementara itu, pekerja senior sedang tekun melaksanakan protokol keselamatan terakhir sebelum mesin campuran itu boleh dihidupkan. Kedua-dua mereka celap menjalankan tugas masing-masing.

Apabila pekerja senior sudah yakin bahawa semua komponen bahan kmia sudah dimasukkan ke dalam tangki pada kadar yang sepatutnya, barulah dia mengaktifkan mesin bekenaan. Dia menoleh, memandang pekerja baharu sambil tersenyum sinis. 

"Kamarul!" Sebutnya sepatah. Tajam pandangnya tatkala menyebut nama itu. 

"Kalau kau nak tahu, dia itu orang yang mengepit kepala harimau!" Kata senior, penuh perasaan.

"Hah? Kepit kepala harimau!" Tekejut pekerja baharu mendengar itu.

Skor: 3⭐/5⭐

Status: THB / Syor

Emosi sepanjang pembacaan: Setiap bab penuh kejutan dan plot twist. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~