King Haidar


Tajuk: King Haidar

Penulis: Anjell

Mula membaca: 165 Jun 2024

Tamat membaca: 11 Ogos 2024

Belakang buku: Takdir mereka sudah lama terjalin

Mereka pernah mengalami fasa perpisahan seperti pasangan bercinta yang lain. Suria Andreana menjangkakan kisah cintanya dan Raja Haidar sudah berakhir. Namun, semuanya menjadi kompleks apabila lelaki itu kembali muncul dalam hidupnya.

Tapi kali ini Suria tahu yang Haidar bukanlah sembarangan orang. Dia tahu perpisahan mereka dulu juga ada kisah di sebaliknya. Dan kemuncaknya, satu rahsia terbongkar!

King Haidar juga dikenali dengan nama King. Dia bukanlah sekadar lelaki gentleman yang ceria dengan senyuman berlesung pipitnya. Personanya jauh lebih gelap daripada itu! Tapi, itulah yang buatkan Suria lebih tertarik pada Haidar.

“You intrigued me. And I was attracted to you, like ferum to magnet – SURIA ANDREANA

Rupa-rupanya banyak rahsia yang tersimpan. Baik Suria mahupun Haidar. Bagaikan satu kotak pandora yang dibuka, hidup Suria terus kacau-bilau setelah itu. Ada harga yang harus dibayar. Dia kini menjadi buruan seseorang yang dipanggil Ghost X.

Let’s make a deal. Kalau awak setuju untuk kahwin dengan saya, saya akan beritahu awak saya siapa – RAJA HAIDAR

Tawaran yang sungguh menarik! Sungguh... sungguh... Suria tertarik dengannya. Namun, perkahwinannya dengan Haidar bukanlah satu penyelesaian. Rupa-rupanya, itu adalah satu permulaan!
Rahsia demi rahsia. Kejutan demi kejutan. Pengkhianatan demi pengkhianatan. Dan ada nyawa yang dipertaruhkan.

“Do you trust me, little sun?” – RAJA HAIDAR

Ya! Hanya Haidar yang dia percaya dengan nyawanya. Dalam menyelesaikan semuanya, mampukah kemenangan menjadi milik mereka?

Review bacaan: Saya ambil masa terlalu lama untuk habiskan novel ni. Kenapa saya rasa macam tak rasa nak teruskan 1 bab ke bab yang lain? Haidar terlalu sweet? Suria terlalu berdikari? Love but hate relationship? Entah... akhirnya habis juga. Tapi ending saya rasa macam hmmmm.. okay la walaupun penulis letak tanda tanya di akhir cerita. Saya pun tak ada niat nak tahu sebab past is past. Kenapa nak tahu Haidar dengan The Orions? Lebih baik kekal tenang dari terlalu banyak ambil tahu. (Adakah saya jenis suka play safe?) Suria seorang yang berani sesuai dengan Haidar. I think kadang² Haidar pun hilang sabar bila Suria start buat perangai sebab itu dia suruh Suria lupakan dan stay calm. Tapi perempuan mana pernah salah dan selalu betul kan? 😜

Dalam novel ni terlalu banyak watak sampai pening nak ingat dan the boss jahat agak tenggelam sebab perahsiakan. Anak buah yang mainkan peranan dalam siri penculikan, pembunuhan dan muslihat haha. Ada juga muncul Dara dan Eskandar tapi jarang macam masing² ada kehidupan jadi ending relationship friend  maybe? Saya tahu wanita ni bila dah berkahwin, agak jarang berkawan². Jadi related antara novel ni dengan Dia Tetap Sempurna itu terkeluar. 

Babak paling tak dapat dilupakan: Bila berada dalam cruise ship 🚢 

Watak paling disukai: Hans

Petikan menarik: 
"Mark my words. Before the cruise ends, your heart is going to be mine again, little sun."

Skor: 3⭐/5⭐

Status: THB / Syor

Emosi sepanjang pembacaan: aksi and romance 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~