Sayap Berlian


Tajuk: Sayap Berlian

Penulis: Nurkariema

Mula membaca: 25 Ogos 2024

Tamat membaca: 25 Ogos 2024

Belakang buku

Tengku Jalil merancang untuk membalas dendam kematian ayahnya. Dia mengajak Tengku Annas belayar dan merancang untuk membunuh abangnya sewaktu di tengah laut. Namun tragedi ribut yang berlaku tanpa disangka-sangka telah menggagalkan niat jahatnya.

Tengku Annas terselamat tetapi koma di alam manusia, manakala Tengku Jalil sesat dan terperangkap di sebuah alam asing dikenali sebagai Kristaland. Dia berkenalan dengan seorang puteri yang menjadi buruan askar diraja. Akibat desakan hidup, Tengku Jalil dan Puteri Airlea mula bekerjasama untuk mencapai matlamat masing-masing.

Namun dalam pengembaraan itu, satu demi satu rahsia terungkai. Semuanya berbalik kepada tragedi di sebalik kematian Tengku Badri dan kaitannya dengan kuasa yang dikenali sebagai Sayap Berlian yang berasal dari Alam Kristaland.

Review bacaan: Akhirnya habis juga baca buku ni. Walaupun agak bosan tapi seronok tengak kisah kedua adik beradik ni. Fantasi antara dunia manusia dengan dunia Kristaland. Kisah bermula dengan dendam Tengku Jalil mahu membunuh abangnya, Tengku Annas kerana dia percaya abangnya membunuh ayahnya. Ketika dalam rancangan itu, mereka berdua tercampak dan berpisah. Tengku Jalil ke tempat yang asing manakala Tengku Annas koma. Tengku Jalil bertemu dengan Puteri Airlea yang awalnya dia sangka lelaki. Mereka berdua mengembara bersama demi mencari matlamat masing iaitu Puteri Airlea mencari Akar Kuasa yang dirampas olehnya dan Tengku Jalil mahu pulang tempat asalnya. Plot twist dan banyak persoalan yang tak jawab tapi saya tutupkan soalan itu dengan dunia Kristaland aman damai sebab Sayap Berlian sudah tiada. Rasa kesian pada Tengku Annas sampai ke akhirnya dia tetap abang yang sejati dan dihormati oleh Tengku Jalil. 

Babak paling tak dapat dilupakan: 

"Ai, kau dah sedar?" Tengku Jalil kembali bersuara. Ada senyum kecil tersungging di bibirnya sebaik sahaja mendengar suara sang puteri.

"Ya. Gara-gara suara kau yang terlalu 'merdu'. Tak tahan aku mendengarnya." Kata-kata itu disusuli tawa halus.

Tengku Jalil dapat rasakan pergerakam tubuh Puteri Airlea yang menahan tawanya daripada meletus kuat.

"Seronok kau ketawakan aku kan. Bukan sembarangan orang tau boleh dengar suara mahal aku ni."

"Tidak. Aku bukan ketawa kerana suara kau. Cuma aku terkenangada seseorang. Dulu, setiap kali aku bergaduh atau merajuk dengannya, dia pasti dukung aku seperti yang kau buat sekarang. Kemudian dia suka paksa aku dengar nyanyiannya yang sumbang, buta nada sama seperti kau. Kau... buat aku rindukan dia semula."

Senyum di wajah Tengku Jalil sirna. Dia dia, seribu bahasa. Puteri Airlea tidak melihat wajahnya yang mencuka saat ini. Gadis tu teruja bercerita tentang seseorang yang ernah singgah dalam hidupnya di masa lalu. 

Watak paling disukai: Tengku Jalil

Petikan menarik: 

"Kau tahu tak, sejak aku jejakkan kaki di Rumah Agam Maharani, aku dah lepaskan segala-galanya demi ammanah bonda. Tak mudah nak hidup sebagai orang asing dalam keluarga sendiri. Mama tak pernah terima aku. Nak sayang? Jauh sekali. Tok Ku pula didik aku dengan disiplin yang sangat ketat sebab anak sulung kena jadi pewaris. Waktu aku rasa tak ada sesiapa yang sayang dan pedulikan aku, ada seseorang budak ni datang hulurkan tangan."

Skor: 3⭐/5⭐

Status: THB / Syor

Emosi sepanjang pembacaan: Pengembaraan dan keluarga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~