Coffee & Vanilla

 

TAJUK: Coffee & Vanilla

PENULIS: Shafatin Yusof

PENERBIT: Kaseh Aries

HARGA BUKU: RM40

MUKA SURAT:574 Helai

BELAKANG BUKU: Bagaikan kopi dan vanila, hitam dan putih. Terselitnya kisah pahit dan manis di antara mereka.

“Lelaki tak guna. Lepaskan aku, gila!” – Meen

Amrel Haris dan Meen Safiyya, pertemuan tanpa dirancang itu mengikat mereka dalam sebuah takdir yang penuh kejutan dan cerita lalu yang belum selesai. Meen bukan sekadar gadis yang menawan hatinya, namun Meen adalah kunci kepada mimpi yang selalu menghantui diri Amrel. Mimpi tentang sebuah kehilangan, kematian seseorang, dan wujudnya pengkhianatan.

“Dan aku akan pastikan, kau tetap dengan aku sampai bila-bila! Dengan kebencian atau cinta kau.” – Amrel 

“Awak dah gila ke, Amrel Haris? Jangan seksa saya lagi. Jangan keruhkan keadaan antara kita. Awak perlu terima kenyataan, Amrel!” – Meen 

Cinta tak selalu menyembuhkan luka. Kadang ia membiarkan parut itu berdarah semula. Meninggalkan pahit di ruang jiwa dan menghilangkan manis untuk selama-lamanya. Amrel dan Meen terikat oleh sejarah lalu, salah sangka yang memusnahkan perasaan dan kejahatan yang masih membaluti kisah mereka. Dengan rahsia yang disembunyikan, perkahwinan bermula dengan berpaksikan sangsi dan dendam. Begitu juga dengan kebenaran yang masih belum terungkai sepenuhnya.

“Am takkan berdiam. Am akan cari pelaku yang buat mama begini.” – Amrel 

Dalam cangkir kepahitan yang terhidang, masihkah tersisa secubit kemanisan yang akan melarutkan jiwa? Atau semuanya sekadar manis di permukaan, yang pahitnya bakal tumpah bila kebenaran akhirnya terbongkar?

ULASAN: Sumpah saya tak boleh pergi dengan novel ni. Keliru celaru.. dengan watak yang hmmmm Megah Holding pun kalah, cantik tak terkata, lawa handsome semua pun tak nak kalah. Ok balik semula cerita. Kisah pasal Amrel pemilik kafe Coffee & Vanilla bertemu dengan Meen, seorang model. Amrel dah lama berkenan dengan Meen, manakala Meen pula ada masalah dengan kawan dia membawa pertemuaan Amrel. Rupanya Amrel nak balas dendam denga kematian ibunya. Pastu tak boleh blah pasal Atuk dan ayah Amrel tu, tak motif yang kukuh mahu rosakan Amrel padahal Amrel tu bukan anak tunggal dan sebab mereka la yang membuat Amrel jadi pendendam. Entah la.. sumpah bosan jalan cerita tu buat saya banyak langkau dengan annoying kawan Meen tu. Sekejap baik sekejap jahat, klo saya dah lama anagkat kaki. Novel ni banyak aksi ala ala gangster tapi bosan... macam gitu je jer kena tangkap di polis. Langsung tak buat saya tertarik untuk tahu apa jadi seterusnya... hmmmm the end.

SKOR: 1⭐ / 5⭐ 

STATUS: THB / SYOR


Ulasan