Ada Apa Dengan Dia?
PENULIS: Maye Ni
PENERBIT: Karya Seni
HARGA: RM 26
MUKA SURAT: 485 Helai
BELAKANG BUKU: Dia Nurul Dania Dawson. Gadis yang tidak sanggup lagi hadapi kekecewaan hidup selepas kepergian ibu dan bapa selama-lamanya. Kini dia hanya punya Zaed, adik yang menjadi pasak harapan pada kebahagiaan hidupnya. Namun apabila Zaed mula mempunyai teman wanita, dia berasa seperti diketepikan, tidak lagi menjadi yang terpenting.
“Tapi lepas mom and dad tak ada, kakak dah tak sanggup nak hadap disappointment dan sebab tu kakak anggap yang kita kena hidup happy aje. It’s not normal, kan?”
Takdir menentukan dia bertemu Aslan dalam pelbagai kebetulan yang tidak disangkakan. Dalam diam dia menyenangi sifat Aslan yang baginya manis namun dominan.
“No worries. Aslan yang ni tak garang macam singa, kan?” — Dani
“No worries too. Nama aje Aslan but I have Peter’s blood, King of Magnificent.” — Aslan
Perhubungan mereka semakin selesa, ditambah pula ibu Aslan sendiri menawarkan diri dipanggil Dani sebagai mama. Dani sungguh gembira sehingga menjadikan Dr. Hanim sebagai VIP dalam hatinya.
“Cukup masa, either you’ll be my VIP, or you’ll just stay as a filler.” — Dani
“Berapa lama probation period Bak before dia dapat jadi VIP you?” — Aslan
Belum sempat diputuskan status Aslan; sama ada VIP atau sekadar singgahan dalam hati Dani, satu amaran hinggap ke telinga gadis itu. Amaran daripada seseorang yang benar-benar sayangkan dia.
“Kau baik-baik dengan dia. Kawan boleh, bercinta jangan. Dengar kata dia dumped girlfriend dia kat tepi jalan lepas gaduh. Masuk akal tak? Main tinggal tepi jalan. Tak ke bahaya?” — Yaya
Dani yang takutkan kekecewaan mula berbelah bahagi. Ikut kata hati atau ikut kata mereka yang sayangkannya? Bagaimana dengan rasa rama-rama menari dalam perutnya kalau benar Aslan Hadi sememangnya lelaki red flag?
ULASAN: Dani dan Aslan bermula dengan rakan sekerja, cikgu kepada adik Aslan dan akhirnya anak angkat kepada mak Aslan. Biasa je cerita mereka semua watak rasa macam pov perempuan. Tapi respect la Dani ada environment family yang sihat. [Saya rasa saya ada masalah dengan adik macam Aslan dengan adik²nya]... Tapi ceritanya memang tak kick sangat membosankan. Apa² endingnya Dani dan Aslan akhirnya berkahwin. The end.
SKOR: 2⭐ / 5⭐
STATUS: THB / SYOR
Ulasan