Ikhlas dari hati
Tajuk: Ikhlas Dari Hati
Penulis: Akyelrahim
Belakang buku: lni kisah TZ dan Ally. Dud manusia yang bertemu secara kebetulan dan diakhiri dengan perkahwinan. T dekat nama TZ tu bermakna Tengku, tapi ini bukan cerita Tengku yang biasa-biasa, sebab TengkubAiman Zamani ini bukan CEO tapi dia adalah pensyarah biologi yang manis bicara!
Sampai Ally pun terkena sumpahan magis bicara bak gula TZ.
Tinggal keluarga, tinggal agama, tinggal semuanya kerana cinta yang datang ikhlas dari hati.
Tapi mungkinkah ikhlas yang bertapak di hati Ally itu akan kekal di situ hingga ke akhirnya?
Cukupkah hanya Jack untuk Lily?
Review bacaan: Kisah Ally pergi ke party yang di ajak oleh Nick, Ally mabuk dan keluar dari situ terjumpa dengan TZ. Mereka mula berkenalan. Rupanya TZ pensyarah Ally. Mereka berkawan walaupun ramai cakap Ally goda TZ, si pensyarah muda yang agak hot. Lama-kelamaan, hubungan mereka semakin rapat dan TZ selalu mebawa Ally kepada mengingati Tuhan yang mencipta alam. Akhirnya Ally tinggal segala kemewahan yang ada untuk agama yang satu dan yang setia dengan dia adalah TZ. TZ mengajak Ally berkahwin, dan mereka berdua pun berakhirnya. Konflik antara Ally dan parents dia semakin kemuncak dimana parents Ally sangat sangat mengongkong Ally. Akhirnya Ally dan TZ direstui parents Ally, dan keluar la Lila the Bacteria yang adakan ada dalam novel seterusnya iaitu Twinkle Twinkle Little Star [ebook] dan My Kejora [novel].
Bagi yang mencari arah dan kesedihan buku ni merujuk pada anda semua untuk naikkan semangat balik. Sedih pasti diganti kegembiraan.
Skor: 4⭐/5⭐
Status: THB / Syor
Ulasan