Sisakan Aku Waktu
TAJUK: Sisakan Aku Waktu
PENULIS: Sofia Roses
HARGA BUKU: RM37
BELAKANG BUKU: Adam Fawwaz, seorang jejaka yang dianugerahkan tuhan satu kelebihan—dia mampu melihat trauma dan rahsia terpendam seseorang hanya dengan menatap mata mereka. Bagi Adam, ini bukanlah keistimewaan, tetapi satu sumpahan yang menenggelamkannya ke dalam lautan kesakitan.
Segala-galanya berubah apabila dia bertemu dengan Qayla Elina, seorang gadis yang dikenali daripada perjodohan aturan keluarga, dia berasa seperti Qayla ditakdirkan tuhan untuknya kerana saat pertama kali mata mereka bertaut, Adam tidak dapat melihat kisah silam gadis itu. Setiap kali dia dekat dengan Qayla, sumpahannya lenyap. Di samping gadis ini, Adam nyaman.
“Why are you different Qayla?”
Namun di sebalik keajaiban ini, ada kisah yang masing-masing rahsiakan. Ada cerita yang kedua-duanya tidak mahu luahkan.
“Adam tidak sebaik yang kau sangka, Qayla”
Setiap detik yang mereka luangkan bersama, membawa mereka lebih dekat pada kebenaran dan pada akhirnya, kebenaran mencari jalannya sendiri.
Mampukah mereka untuk saling menerima setelah kebenaran merungkai segalanya?
ULASAN: Selapas saya baca Sisakan Aku Cinta, saya mencari novel pertama sebab bab last sekali pasal perkahwin Adam dengan Qayla. Tapi sejujurnya saya rasa novel ni tak kick macam novel Sisakan Aku Cinta. Mungkin novel ni novel pertama dia buat jadi mungkin la kot...
Adam ada kebolehan baca trauma orang lain. Dia dijodohkan oleh orang tua dia dengan Qayla. Qayla pun gadis muda yang tengah belajar. Ayah dia ni baik dengan dia cuma tak suka Qalya sebab kematian ibunya. Ayah Qalya ni jenis salahkan anaknya. Selepas Adam dan Qayla berkahwin baru tahun abang Qayla tu kawan baik Adam. Banyak plot² drama rasa agak bosan tapi sebenarnya tu la kisah mereka berdua. Adam dapat berkahwin dengan Qayla sebab dia tak nampak trauma Qayla. Keluaga Adam ada menyimpan rahsia besar, yang Adam ada kembar. Tapi.... kembar dia adalah watak penjahat yang sebenar. Ending novel, Adam adalah akhir trauma Qayla walaupun tu kembar Adam buat. Qalya meninggal dunia dan Adam bebas dari sumpahan kebolehan membaca trauma orang. Sedih tapi tu la penamat ceritanya ni.
SKOR: 2⭐ / 5⭐
STATUS: THB / SYOR
Ulasan