Dallergut: Kembali Ke Kompleks Pedagang Mimpi
TAJUK: Dallergut: Kembali Ke Kompleks Pedagang Mimpi
PENULIS: Lee Mi Ye
PENTERJEMAH: Alia S.S
PENERBIT: Bookiut
HARGA BUKU: RM40
BELAKANG BUKU: Selamat pulang ke dunia mimpi dan ke Kompleks Mimpi Dallergut!
Sudah setahun berlalu sejak pertama kali Penny melangkah masuk ke Kompleks Pedagang Mimpi Dallergut, dan oleh sebab dia berjaya bertahan selama setahun di kedai itu, maknanya… dia kini seorang pekerja industri mimpi yang rasmi! Akhirnya dia boleh menaiki kereta api ekspres ke Zon Syarikat, tempat terletaknya semua syarikat pengeluaran mimpi, dan meneroka bagaimana bahan mentah dan peralatan ujian mimpi dihasilkan.
Namun, Zon Syarikat tidak seperti apa yang Penny jangkakan. Ia menyembunyikan sisi gelap industri yang selama ini dia sangkakan penuh keajaiban.
Penny menemui Pusat Pengurusan Aduan, penuh dengan orang ramai yang mengemukakan aduan tentang mimpi mereka. Dia juga mendapat tahu perihal pelanggan tetap yang sudah lama tidak datang ke kedai. Ketika dia menyiasat setiap aduan, Penny mula meluaskan peranannya — daripada sekadar menjual mimpi, kini cuba memahami isi hati pelanggan tetap yang telah hilang.
"Dallergut: Kembali ke Kompleks Pedagang Mimpi" menyelami perihal industri mimpi serta pelanggannya dengan lebih mendalam. Mengapa ada antara mereka yang pernah membeli mimpi namun tidak pernah kembali?
ULASAN: Fresh!! Sambungan dari novel Dallergut: Kompleks Pedagang Mimpi, selepas setahun Penny berkerja, dia dah menjadi pekerja tetap dalam Kompleks Pedagang Mimpi. Kali ni Penny melangkah 1 lagi fasa baru iaitu ke tempat Zon Syarikat dengan menaiki kereta api. Seperti biasa setiap bab ada kisah yang tersendiri membuatkan kita teruja untuk memimpi walaupun di siang hari. Tak sia-sia membaca kisah Penny dan semua yang ada di Kompleks Pedangan Mimpi. Dalam buku ni berkembang watak dan suasana yang ada di sekeliling Kompleks Pedagang Mimpi malahan mungkin lagi banyak boleh teroki, rasanya macam kena tunggu sambungannya.. teruja macam baca siri Harry Potter pula. Dalam ni ada tambahan tentang mimpi yang di aduan oleh pemimpi yang di kutip oleh Pusat Pengurusan Aduan. Jadi kita dapat lihat macam mana aduan ni diselesaikan oleh penjual mimpi malah pelbagai lagi yang ada dalam bangunan Pusat Pengurusan Aduan. Oh saya team Maxim x Penny.. nak tahu mesti kena baca! 😆
SKOR: 4⭐ / 5⭐
STATUS: THB / SYOR
Ulasan