My Kejora
TAJUK: My Kejora
PENULIS: Akyelrahim
PENERBIT: Naratif Land Resources
HARGA BUKU: RM38
MUKA SURAT: 468 Helai
BELAKANG BUKU: Dalila dan Zikri — dua insan yang membesar bersama-sama, berkongsi tawa dan kenangan sejak kecil lagi. Bagi Dalila, Zikri hanyalah seorang lelaki yang dia anggap tidak lebih daripada seorang adik.
Namun bagi Zikri pula, Dalila ialah sebutir bintang di dada langit malam — indah, tetapi terlalu jauh untuk digapai. Mengagumi Dalila itu mudah. Memilikinya, mustahil.
Lelah menanggung perasaan, Zikri akhirnya memilih untuk meluahkan segalanya.
Dan di lapangan terbang itu, hatinya dicarik halus oleh penolakan yang dia sudah pun jangka.
“Belajar baik-baik, Yi.” -Dalila
“Is that a rejection?” -Zikri
Lima tahun berlalu. Jarak dan masa memisahkan mereka, namun takdir seolah-olah masih belum selesai menulis cerita Dalila dan Zikri.
Pertemuan demi pertemuan yang disulam dengan rasa canggung, diselimuti debar tidak berpenghujung, membuatkan dua hati kembali goyah.
“So, it’s true then? That you hate me?” -Dalila
“Mana ada!” -Zikri
Antara akal yang menegah dan perasaan yang kian sukar disembunyikan… mampukah mereka akhirnya memilih apa yang benar-benar diingini hati? Ikuti kisah Dalila dan Zikri dalam, My Kejora.
Kadang-kadang, cinta yang kita cari jauh-jauh… rupanya dah lama ada di depan mata.
ULASAN: Dalila balik kampung bertemu dengan Zikri, dua sepupu dia. Jarak umur mereka 3 tahun jadi Zikri selalu panggil kak. Sejak kecil lagi mereka membesar bersama-sama. Sepanjang mereka di situ, melahirkan 1 rasa dalam hati Zikri terutama ketika Zikri menolong Dalila menjadi 'boyfriend' ketika Dalila dikacau oleh orang yang obses. Sebelum Zikri berangkat belajar ke luar negara, Zikri meluahkan rasa cinta dia kepada Dalila dalam bentuk origami bintang. Dalila reject dan mereka berdua terpisah. Selepas 5 tahun, Zikri masih belum move on mula cuba jauhkan diri untuk berdepan dengan Dalila. Manakala Dalila rasa kehilangan mula cuba rapatkan kembali. Selepas peristiwa tu, mereka rapat kembali dan Dalila mula jatuh cinta dengan Zikri. Akhirnya selepas bercouple atas resti kedua-dua keluar mereka berkahwin. Happy ending...
Kisah anak kepada TZ dan Ally iaitu Dalila aka Lila the Bacteria. Heronya, Zikri, dua sepupu mereka dan muda 3 tahun dari Lila. Tapi yang buat Lila terpikat ialah kematangan Zikri walaupun Zikri ni anak bongsu dan kira paling CENGENG laaa. Suasana di kampung dan hidup berkeluarga membuatkan novel ini sangat menarik untuk di baca. Kisah TZ dan Ally ada dalam ebook Ikhlas Dari Hati. Novel My Kejora ni sebenarnya dari ebook Twinkle Twinkle Litter Star.
SKOR: 5⭐ / 5⭐
STATUS: THB / SYOR
Ulasan