Kerana Terluka
TAJUK: Kerana Terluka
PENULIS: D.Dahlia
PENERBIT: Prolagmedia
HARGA BUKU: RM30
BELAKANG BUKU: Fahri yang berkeyakinan tinggi. Hana yang insecure.
Apabila kedua-duanya bertemu, ada saja sesi tarik tali berlaku. Seorang suka mengusik, seorang lagi tidak biasa diusik.
“Nanti ayah dengan umi I pergi umrah, I nak suruh dia orang doakan kita supaya berjodoh.” - Fahri
“Apa masalah you ni sebenarnya? Kenapa nak kena doa benda macam tu pulak?” - Hana
“Tak ada masalah. Salah ke? I suruh ayah dengan umi doakan benda yang baik. Berdosa ke?” - Fahri
Hana terperangkap dalam belenggu ketidakpercayaan kepada lelaki dan cinta. Luka masa lalu merangkaikan benang-benang ketakutan yang menghalangi setiap langkahnya dalam mencari kebahagiaan. Namun, semuanya berubah selepas kehadiran Fahri. Ketenangan hidupnya terganggu, dinding-dinding dalam hati yang selama ini dibina sebagai pelindung mulai runtuh. Semakin Hana menolak, semakin dekat Fahri menghampiri.
Adakah Hana mampu melepaskan diri daripada belenggu masa silam lantas membuka hatinya untuk cinta? Atau akan terus tenggelam dalam lautan ketidakpastian lalu membawanya lebih jauh daripada jawapan yang dicari-cari?
ULASAN: Kisah Hana, seorang anak terbuang oleh ayahnya. Mak dia merupakan isteri ke dua ayahnya, jadi dia selalu di cerca dan di hina oleh mak tiri dan kak tiri. Hanya adik tiri yang menerima walaupun ayahnya dah benci sejak dari kemalangan itu. Sebabkan itu Hana hidup dalam perasan yang rendah diri. Bertemu dengan Fahri yang seorang extrovert, mereka akhirnya berkahwin. Tapi muncul pula cinta pertama yang kerja 1 projek pula tu. Cinta pertama mahu kembali pada Fahri tapi Fahri tak mahu. Tapi keadaan memaksa mereka menyebabkan timbul syak wangsaka. Akhirnya happy ending. Pelik la perempuan klo orang tak mahu biasa move on.. ni terperangkap kenangan lama sebab dulu Fahri tak ambil perhatian menyebabkan dia kahwin orang lain.. nonsense woman! please wake up! memalukan kaum sejenis. Dah buat masalah move on. Kepada Hana, fly hight walaupun tak ada orang sayang dalam keluarga... akan ada wujud kasih sayang yang lain. kena percaya pada diri. Hana last sekali berai pertahankan diri walauapun di pandang rendah oleh orang lain. Akhirnya hubungan Hana dengan ayahnya menunjukkan kesan positive. Nasib baik tak bercerai Fahri dan Hana.
SKOR: 4⭐ / 5⭐
STATUS: THB / SYOR
Ulasan