Sisakan Aku Cinta

 


Tajuk: SISAKAN AKU CINTA

Penulis: SOFIA ROSES

Harga: RM39

Penerbit: SEMESTA PUBLICATION/ KAYANGAN CREATIVE ENTERPRISE

Belakang Buku: Naura Amani, seorang gadis yang menghidap penyakit langka yang tiada penawar. Malam-malamnya dihantui mimpi ngeri yang tiada kesudahan. 

Mimpinya seolah-olah dia pernah menjadi mangsa uji kaji manusia yang cukup kejam menjadi sumpahan lain selain penyakitnya.

Pada usia 25 tahun, dia telah menjalani pembedahan yang membawanya kepada koma yang lama. Sedar sahaja dari koma itu, hidupnya mula porak-peranda. 

Ayahnya yang merupakan ahli politik tiba-tiba dipenjara. Dan lelaki yang pernah menjadi musuh sekolahnya tiba-tiba muncul dan mengaku sebagai suaminya. 

"Aku tak anggap perkahwinan ni suatu permainan. Saat aku lafaz akad, aku sudah berjanji di hadapan ayah kau, di hadapan Allah untuk menjaga kau."

-Rasyad Aryan-

Rasyad Aryan. Seorang lelaki yang dianugerahkan Tuhan satu kelebihan. Dia mampu menyembuhkan penyakit setiap manusia yang disentuhnya.

Namun siapa sangka, hidup mereka sebenarnya telah terikat lama dengan satu organisasi Rahsia, D’ Fortia yang pernah disertai bapa-bapa mereka suatu ketika dahulu.

"Human experimentation? These. Are madness!" -Ahmad Rizal-

Apakah rahsia di sebalik D’ Fortia dan apakah kaitannya dengan kehancuran hidup mereka? Adakah mereka akan saling menyembuhkan atau pada akhirnya, mereka akan saling menghancurkan? 

Ulasan: Naura Amani dan Rasyad Aryan merupakan musuh sejak sekolah. Mereka selalu bergaduh kerana Rasyad Aryan suka mengusik Naura Amani. Mereka berdua merupakan anak orang penting yang bersekolah di situ, jadi Naura Amani merupakan pelajar bijak manakala Rasyad Aryan sebaliknya yang suka memberontak selepas kematian ayah dan ibunya. Rasyad selalu guna pengaruh keluarga untuk buat onar dalam sekolah. Dalam nakal dia dan kawan² dia, mereka kenal dengan Zulkifli, ayah kepada Naura.

Selepas umur 25 tahun, mereka bertemu lagi tapi sebagai suami isteri. Ayah Naura mengahwinkannya ketika dia koma disebab penyakit langka yang tiada penawar. Bila Naura bangun dia baru tahu musuh sekolah dia, Rasyad merupakan suami dia. Mereka cuba sesuaikan diri dan Rasyad memberi tahu Naura yang dia jatuh cinta sejak zaman sekolah lagi. 

Dalam mereka bahagia, mereka sebenarnya sebuah experiment yang di jalankan oleh organisasi rahsia bernama D'Fortia. D'Fortia ni membuat uji kaji terhadap manusia demi menadapt kehidupan abadi. Mereka berdua masing-masing baru tahu yang ayah dan ibu masing2 merupakan ahli D'Fortia. Memang tak diduga yang selama ni musuh mereka ada dikalangan orang yang mereka sayangi. Sedih gila cerita ni. Rasa kesedihan dan trauma yang di alami oleh Rasyad dan Naura. Cerita ni menerapkan unsur keagaman malah saintis pun akui orang yang beragama ni berjiwa bersih daripada orang yang tak menerapkan jiwa agama. Banyak yang saya berlajar dan kata-kata yang bergitu motivasi. Setiap manusia ada ujian masing-masing. Akhirnya happy ending untuk mereka walaupun trauma tu masih tersisa. 

 Skor: 4⭐ / 5⭐ 

Status: THB / SYOR

Ulasan