Kecuali Cintamu

 


TAJUK: Kecuali Cintamu

PENULIS: Shiroe Sherry

PENERBIT: Kaseh Aries

MUKA SURAT: 513 Helai

HARGA BUKU: RM35

BELAKANG BUKU: “Haera tak akan kahwin dengan lelaki yang Haera tak cinta.” ~ HAERA

“Perempuan dan cinta hanya akan menyusahkan hidup I. Period!” ~ KARL

Namun akhirnya Haera bersetuju juga untuk menjadi isteri Tengku Karl Hazri. Walaupun pada mulanya mereka sama-sama menolak. Semuanya kerana tawaran Karl yang tidak masuk akal.

“Kita kahwin dan you kejar cita-cita you sampai dapat. I akan support you.” ~ KARL

“You sebenarnya tak nak kahwin dengan I pun. Cuma you terpaksa ikut sebab you nak semua harta Tan Sri.” ~ HAERA

“Salah ke apa yang I buat? You pun tak ada apa-apa perasaan pada I, kan?” ~ KARL

Malangnya perjanjian antara mereka berdua akhirnya terbongkar juga. Haera telah dihalau dan tanpa sedar Karl telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Sikap baik dan ambil berat Karl membuatkan Haera terlanjur mencintai suaminya. Dia terlupa bicara angkuhnya dahulu telah memakan diri. 

“I hanya akan jatuh cinta pada lelaki yang menyintai I lebih dari I cintakan dia. You’re not up to that par.” ~ HAERA

Saat Haera membuat keputusan untuk menyelamatkan perkahwinannya, sesuatu berlaku dan telah membuatkan Haera sedar yang dia hanya bertepuk sebelah tangan. 

Benarkah Haera hanya bertepuk sebelah tangan? Atau masihkan ada peluang untuk menyelamatkan perkahwinan mereka?

ULASAN: Kisah perkahwinan paksa antara Heara dengan Karl. Heara kena kahwin sebab ayahnya mahukan dan dia mahu sambung belajar, manakala Karl pula mahu jumpa ibu dan abang dia yang lama tinggalkan dia disebabkan ayahnya. Jadi mereka buat perjanjian. Tak ada orang jahat dalam cerita ni kecuali broken family. Heara ni nampak lebih terbuka sifatnya sambil reda dengan qada dan qadar dia, manakalah Karl pula mengambil masa untuk memaafkan orang yang buat pada kesayangan dia. Ending semua watak ada pengakhiran masing-masing. Tutup cerita tu.

SKOR: 3⭐ / 5⭐ 

STATUS: THB / SYOR

Ulasan