Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kimia

Tajuk: Kimia Penulis: Akyelrahim Harga: RM 38 Sinopsis: Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Si jejaka pula, mulut manis bergula buat hati Zink dikunjungi musim bunga setiap masa. Bermula daripada pasangan eksperimen, tiba-tiba hati dilambung cinta membuatkan kedua-duanya setuju untuk berkongsi rasa. Apabila cinta dan kimia disatukan dalam satu cerita, “Zink, I love Uranium.” “Potassium Caan.” Orang kata cinta itu macam kimia. Tapi, dalam kimia, tidak semestinya sesuatu tindak balas itu akan kekal sama, dari awal hingga akhirnya. The chemicals could be contaminated, and it should be eliminated… right away. Eksperimen yang baharu harus dimulakan.  “Kita still kawan, kan?” – Zink “Aku pernah putus cinta sekali, tapi aku tak nak putus lagi sekali. Sebab macam kau cakap, kawan pun cinta. Cukup hilang kau sekali je, I can’t afford to lose you twice.” – Caan Mampukah hubungan mereka b

Tunang Ke-9

Tajuk: Tunang Ke-9 Penulis: Anabella Harga: RM31 Sinopsis: Elman Shah, tiada apa yang lebih hebat tentang dirinya berbanding dia telah menjadikan lapan orang gadis sebagai bekas tunangnya. "Bagi aku, dalam dunia ni, perempuan cuma ada dua jenis. Jenis jual murah dan jenis jual mahal. Kedua-duanya, sampah!" - Shah "Awak tak tahu ke jenis perempuan yang ketiga?"- Reny Fathia "Apa?" - Shah "Perempuan yang tak ingin jual apa-apa pada sampah macam awak!"- Reny Fathia. Nah, bila jumpa cinta pertama zaman sekolahnya, terus terduduk Shah. Bila tiba masa untuk menakluk hati gadis yang paling dicintainya, Shah menemui jalan buntu! Gadis versi Beauty and The Beast. Dialah Beauty, dia juga The Beast! Mengentahui Reny ialah kesayangan Benjamin Martin, lelaki serba-serbi sempurna juga setia menambahkan dendam Shah pada masa silam. Pelbagai cara diatur dengan niat untuk merodok hati si pencuri hati. Pertelingkahan antara Elman Shah dan Benjamin Mart

Dara Gengster And The Geng

Tajuk: Dara Gengster And The Geng  Penulis: Amarilis Rahim Harga: 36 Sinopsis: NAMA aku, Dara binti Mat. Orang kampung panggil aku, Dara Gengster. Pasai apa depa panggil aku lagu tu? Panjang ceritanya tapi aku pendekkan... malam tu, aku dan kengkawan main mercun bola atas pokok rambutan. Waktu aku baling mercun tu ke bawah, ngam-ngam pak imam kami lalu. Terkejut beruk orang tua tu sampai motor dia terbabas dan menjunam secara front flip ke dalam parit. Tak pasai-pasai pak imam berbungkus macam mumia hidup kat hospital. Kesian oiii! Semuanya gara-gara aku pula tu. Aku ada dua orang kawan baik. Bedah dan Busu. Bedah ni jenis cool tapi mudah koyak (sentap). Dia rajin tulis surat kat pakwe dia tapi akhirnya, pakwe dia kahwin dengan pompuan lain. Semua tu terjadi gara-gara aku juga. Sedih ooo! Busu pula jenis sengal. Dah lah sengal, dia punya ideologi dalam masak memasak memang tak boleh blah. Pernah sekali, aku makan kuih kaswi yang dia buat. Dalam resepi duk tulis dua sudu kap

Azrahel: Si Penjejak Kubur

Tajuk - Azrahel: Si Penjejak Kubur Penulis - Abu Huzaifah Bidin Harga - RM33 Sinopsis - Pada tahun 2099, dunia sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus-ratus juta mayat yang bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya penjejak kubur. Mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban dan membawa mayat itu pulang. Mercka perlu pergi ke medan perang demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk bandar Kersani, merupakan penjejak kubur yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun. Dia diupah olch seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel mengejutkannya. Sejak itu, segala-galanya berubah. Apakah yang ditemui oleh Azrahel? Apakah nasib bandar Kersani selepas itu? Review -  Azrahel, si penjejak kubur aka si penjejak mayat sebenarnya. Ker

Partner In Love

  Tajuk: Partner in Love Penulis: Sophia Harga: RM28 Sinopsis:  Khalisa gadis janitor yang bukan biasa-biasa. Rayyan pula seorang doktor yang diselubungi dengan misteri keluarga. Kedua-duanya punya ego dan prinsip yang ingin dipertahankan. Namun kerana sebuah rubik's cube, mereka bertemu. Satu kejadian telah mendekatkan mereka bertemu.  Satu persoalan telah merapatkan mereka. Dan keranan satu janji, kedua-duannya saling terikat dalam keterpaksaan.  Khalisa setuju untuk membantu Ryyan mencari sebuah kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh keluarga Rayyan. Rayyan pula terpaksa meneriama bantuan itu keran itulah permintaan terakhir arwah ayahnya. Mereka merentas dunia, menjelajah zon masa demi mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Teka teki terakhir perlu diselesaikan demi meraih sebuah jawapan. Namun, semakin mereka menggali rahsia yang lama terkubur, semakin rumit dirasakan. "You crrack the code, I'll get the answer..." Teaser: #1 - Wanita itu ber

The Happy Marriage

  Tajuk: The Happy Marriage  Platform: Netflix  Episode: 12 Tarikh Terbit: 5 July 2023 Plot: Kesengsaraan nampaknya kekal dalam hidup Miyo Saimori. Dilahirkan dalam perkahwinan yang diatur, dia dengan cepat dibuang selepas kematian tragis ibunya. Ayahnya berkahwin semula, dan adik perempuan tirinya, Kaya menerima semua kasih sayang, manakala Miyo direndahkan sebagai hamba yang hina. Tidak mempunyai kekuatan untuk melawan penderaan keluarganya, Miyo kehilangan harapan bahawa nasibnya akan berubah. Tanpa diduga, bapa Miyo memanggilnya untuk menyampaikan berita yang mengejutkan: dia akan berkahwin dengan Kiyoka Kudou, ketua keluarga Kudou yang terkenal. Walaupun latar belakangnya yang mulia, Kiyoka dikenali sebagai seorang yang tidak berperasaan yang setakat ini telah menolak semua bekas tunangnya. Apabila tiba di rumah Kudou, Miyo mengharapkan layanan kasar dan akan diketepikan. Namun, bertentangan dengan andaiannya, Kiyoka menunjukkan kepadanya kebaikan dan kasih sayang

DAILY DOSE OF SUNSHINE

  Tajuk: Daily Dose of Sunshine  Pengarah: Lee Jae Gyoo Penulis Skip: Lee Ham Gyu , Kim Da Hee Platform: Netflix Episode : 12 Tarikh Terbit: 3 November 2023 Plot: Jung Da Eun bekerja sebagai jururawat. Dia dipindahkan ke Neuropsychiatry dari Jabatan Perubtan Dalaman. Ini kali pertama dia bekerja dalam Neuropsychiatry, jadi semuanya sukar dan janggal untuknya. Namun begitu, Da Eun cuba sedaya upaya untuk menangani pesakit dan membesar sebagai seorang jururawat dengan bantuan ketua jururawat bahagian Jabatan Kesihatan Mental, Song Hyo Jin. Dong Go Yun, bekerja sebagai doktor dan pakar Kolorektum  dalam Unit Protologi . Go Yun suka melihat cara kerja Da Eun dan layanan yang diberikan oleh Da Eun, Go Yun menyedari bahawa dia tersenyum apabila melihatnya malah penyakita yaang dia hadapi disembuhkan olehnya.  Sementara itu, Da Eun berkawan dengan Song Yu Chan. Dia kelihatan seperti orang yang sangat tenang tetapi dia menahan kesakitan di dalam yang tiada siapa yang tahu.  P