Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2024

P. RAMLEE: TIADA YANG KEDUA

Imej
Tajuk: P. RAMLEE: TIADA YANG KEDUA Penulis: HIDIR ALI RAZALI Mula membaca: 19.JUN.2024 Tamat membaca: 21.JUN.2024 Belakang buku:  "Seni saya bukan kerana wang, tetapi seni saya adalah kerana Allah semata-mata.  Segala karya seni saya selama 20 tahun (pada ketika itu) yang saya berkecimpung dalam bidang seni ini ada kaitan dan hubungan dengan Allah. Apa sahaja yang saya lakukan yang mempunyai kaitan dengan kerja seni, saya tidak lupa memohon restu Allah. Sesungguhpun saya sedar, beberapa ketika ini filem-filem Melayu agak sedikit mundur, tetapi pada pemerhatian saya ia hanya seketika sahaja. Saya bukan Tuhan yang boleh menentukan atau memastikan sesuatu. Namun saya tetap berkeyakinan, bahasa filem Melayu akan lebih maju lagi di masa akan datang, percayalah. Rahasianya terletak di tangan bangsa Melayu itu sendiri. Yang paling utama masyarakat Melayu itu sendiri harus memberi sokongan kepada perkembangan filem Melayu. Kalau bukan masyarakat Melayu sendiri yang menghargai

I AM NOT FOR SALE

Imej
Tajuk: I Am Not For Sale Penulis: Cik Zalikha Mula membaca: 10.June.202 Tamat membaca: 16.June.2024 Belakang buku: Pertemuan Neldia Rose dan Nik Ashraf tidak seindah yang disangka. Baru pertama kalli berjumpa, tanggapan lelaki kaya itu telah menilainya sebagai seorang wanita yang teruk. Bengang dengan sindiran lelaki itu, Neldia Rose merancang ingin memporak-perandakan hubungan diantara Nik Ashraf dan Adinda..Tambah pula, Adinda adalah musuh ketatnya. Inilah peluang untuk dia membalas dendam kepada pasangan yang kononnya sejoli itu. Tak sempat nak mulakan rancangan, tiba-tiba Neldia Rose pula yang dituduh menyihir Nik Ashraf pada malam itu. Menyebabkan mereka tertangkap oleh orang kampung yang membuat rondaan dan dikira melakukan benda yang bukan-bukan.  Tanpa kerelaan, mereka dikahwinkan. Dengan meletakkan beberapa syarat serta perjanjian, hubungan mereka cuma untuk satu bulan dan segala harta Nik akan menjadi hak milik Neldia Rose selagi bergelar isteri. Disangka Neldia R

REVIEW - AELDRA

Imej
Tajuk: AELDRA Penulis: Rose Harissa Jenis buku: Novel Mula membaca: 9.June.2024 Tamat membaca: 9.June.2024 Sinopsis: Ai. Lyn. Aeldra panggil aku Ai. Afeef panggil aku Lyn. Sebetulnya, nama aku Ailyn. Umur dah 29 tahun tapi belum menikah. Afeef tu dah jadi boyfriend aku selama 11 tahun. Tapi... Belum mahu ajak aku kahwin. Entah apa kurangnya aku... Hesy! Aku ni... Rupa paras √ Awet muda √ Bussiness sendiri √ Rumah √ Mak ayah √ Dua-dua masih hidup lagi. Aeldra mengurat aku tapi aku malas layan. Hei, aku Ailyn... seorang pencinta yang setia. Aku jaga cinta dan hati aku ni untuk boyfriend aku tu. "Dia arkitek, dah tentu dia tak ada masalah duit nak kahwin dengan Ai. Tapi kenapa ddah 11 tahun couple Ai dengan dia masih tak kahwin-kahwin? Ai patut curiga" Ini ayat Aeldra. budak hingusan ni sengaja nak racun fikiran aku. Sebab Aeldra, rasa curiga aku tiba-tiba tumbuh terhadap Afeef. Hmmm... Aeldra tu, senyum pun nampak gusi, gigi bulky... Namun bila lama-lama dengan dia

REVIEW - RUNCING II

Imej
Tajuk: RUNCING II Penulis: ZHARULNIZAM Z.A Harga: RM30 Jenis buku: Novel / Ebook   Genre: Mistik, Islamik, Aksi, Cinta Terbitkan: Buku Prima  Mula membaca: 7.June.2024 Tamat membaca: 8.June.2024 Sinopsis: Kepulangan Hambali ke Batu Pahat bersama sebuah harapan. Ada hajat yang ingin ditunaikan. Namun, takdir ALLAH telah tertulis. Hadirnya bukan untuk menyulam kasih, tapi untuk melihat Seri Bakawali terus hidup. Permainan mistik ini harus ditamatkan walau apa pun yang terjadi. Kiai Shamsudin mesti dibantu! Biarlah lara perkasihan ini terus berlalu dibawa bayu. “Seri Bakawali, maafkan aku! Aku terpaksa memadam namamu dari kamus hidupku." - Hambali - Sepeninggalan Hambali, Longkai menjadi huru-hara. Sahak kembali untuk menuntut haknya. Kemunculan harimau dan kehilangan beberapa penduduk kampung menimbulkan misteri. Sahak sudah lama menunggu peluang untuk melunaskan dendamnya. Namun, Sahak tidak tahu. Membunuh Hambali bermakna dia perlu berhadapan dengan Yusof! "Yusof,

REVIEW - RUNCING I

Imej
Tajuk: RUNCING I Penulis: ZHARULNIZAM Z.A Harga: RM30 Jenis buku: Novel / Ebook   Genre: Mistik, Islamik, Aksi, Cinta Terbitkan: Buku Prima Mula membaca: 5.June.2024 Tamat membaca: 7.June.2024 Sinopsis:  Sejak Kampung Longkai dilanda geruh, kejadian pelik sering berlaku. Haji Ipin sedar ada kuasa jahat yang mengganggu. Makhluk durjana itu tiba-tiba muncul. Haji Ipin diserang penyakit misteri. Matanya berulat dan perutnya membusuk. Dia tahu angkara siapa, tapi mulutnya bagai dipasung. Kiai Shamsudin yang jauh di Batu Pahat mendapat firasat yang Haji Ipin, rakan seperguruannya sedang diuji permainan sihir. Sebagai pendakwah, dia wajib menyeru yang hak dan menentang yang batil. Lantas, anak didiknya Hambali dihantar ke sana untuk memutihkan yang hitam dan menerangkan yang gelap. Pertempuran mistik untuk menyelamatkan nyawa pun terjadi. Mistik tentunya ditentang dengan cara mistik. Zikir, tasbih dan tahmid jadi senjata menentang syaitan laknaktullah. Dalam debar dan gementar, m

REVIEW - CERITA KITA

Imej
Tajuk: Cerita Kita Penulis: Akyelrahim Harga: RM40 Jenis buku: Novel / Ebook   Terbitkan: Manés Wordworks  Mula membaca: 2.june.2024 Tamat membaca: 5.june.2024 Sinopsis:  “Nak daun pandan ke?” – Alim “Haah, umi saya suruh minta daun pandan sikit. Boleh ke?” – Jasmin Alim dan Jasmin, mereka berjiran. Kerana secekak daun pandan, mereka berkenalan. Dan mungkin juga, perlahan-lahan berkongsi perasaan lewat pertemuan-pertemuan yang tidak disengajakan? “Err, boleh tak kalau saya nak nombor telefon Jasmin?” – Alim Menurut Alim, bersama Jasmin itu tidak asing rasanya seperti berkebun, perkara yang paling dia suka. Menyamankan, menenangkan dan membahagiakan. Bagi Jasmin pula, berbicara dengan Alim itu seperti menulis cerita di atas kertas. Boleh dicurahkan semua sekali semahunya tanpa berselindung, kerana Alim sangat memahami dan mampu menyelami hatinya ke dasar yang terdalam. “Apa manfaat kalau jadi best friend Jasmin? Boleh dapat jadi hero tak dalam cerita yang Jasmin tulis?” – Al

REVIEW - SIRI AKU BERCERITA: PEREMPUAN BUSANA MERAH

Imej
Tajuk: Siri Aku Bercerita: Perempuan Busana Merah Penulis: Ramlee Awang Murshid Harga: RM 25 Jenis buku: Novel  Genre: Thriller Terbitkan: Buku Prima Mula membaca: 3.June.2024 Tamat membaca: 3.June2024 Sinopsis:  Mukmin ditugaskan sebagai pengawal keselamatan di sebuah rumah agam di daerah pergunungan Kundasang. Seorang perempuan berbusana merah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kecuali Mukmin telah terperangkap di dalam rumah itu. Pertemuan misteri di antara mereka mengundang bencana. Perempuan busana merah minta segera dikeluarkan dari rumah itu. Apabila berjaya dibawa keluar, Mukmin terjebak dalam bencana yang lebih dahsyat. Berjayakah Mukmin mengharungi cabaran dan misteri bersama perempuan busana merah itu? Review: Sebab novel ni nipis dan ingat seram cuba baca selaju yang boleh rupanya... Aduh saya kena tipu laa hahaha. Agak bosan tapi okay la. Dalam cerita ada cerita lagi dan memang kena baca sampai habis. Di samping itu terselit nasihat. Rupanya cerita ni han

Review - Vignette

Imej
Tajuk: Vignette (Versi Manes) Penulis: Syud Harga: RM36 Jenis buku: Novel Manès Wordworks Terbitkan: Januari 2024 Mula membaca: 28.Mei.2024 Tamat membaca: 2.June.2024 Sinopsis:  Vignette Dia tu macam… vignette. Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tiada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi. [i] Kata Najiha: “Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira.” “Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok.” Dia berhijrah untuk memulihkan hatinya yang sedikit calar. Calar yang tak ada kesan pun… kan? “Najiha.” Dia memperkenalkan diri. “Nice meeting you, Najiha.” Tapi dia rasa dia tak pernah jumpa lagi orang yang malas nak bercakap macam Si Dahi Kerut ni. Atau mungkin… dia pernah jumpa…. kut? [ii] Pada Firdaus: Matahari tu, orang kata, sifatnya terang, panas – dan kehidupan atas muka bumi ini tak boleh hidup tanpa matahari. Najiha itu… matahari. Terang – dan buat d