Review - Vignette

Tajuk: Vignette (Versi Manes)

Penulis: Syud

Harga: RM36

Jenis buku: Novel Manès Wordworks

Terbitkan: Januari 2024

Mula membaca: 28.Mei.2024

Tamat membaca: 2.June.2024

Sinopsis: 
Vignette

Dia tu macam… vignette.

Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tiada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi.

[i]

Kata Najiha:

“Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira.”

“Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok.”

Dia berhijrah untuk memulihkan hatinya yang sedikit calar. Calar yang tak ada kesan pun… kan?

“Najiha.” Dia memperkenalkan diri.

“Nice meeting you, Najiha.”

Tapi dia rasa dia tak pernah jumpa lagi orang yang malas nak bercakap macam Si Dahi Kerut ni. Atau mungkin… dia pernah jumpa…. kut?

[ii]

Pada Firdaus:

Matahari tu, orang kata, sifatnya terang, panas – dan kehidupan atas muka bumi ini tak boleh hidup tanpa matahari. Najiha itu… matahari. Terang – dan buat dia sentiasa tercari-cari.

“Awak memang suka cakap sepatah-patah, kan?”

“Ha! Saya memang suka cakap sepatah-sepatah.”

Dan kalaulah matahari tu hilang, tak mungkin dia tidak terkesan, kan?

***

Kata Editor:

Kemahiran membuat pembaca jatuh hati pada watak-watak ialah kepandaian Syud. Vignette ini buktinya, kan? 

– Noor Suraya, Editor

Review: 
Saya mengambil masa lama untuk habis baca ni. Mungkin jalan cerita ni tak kena dengan saya jadi agak lama saya habis kan novel ni. Tapi bila bab akhir senyum sendiri.. dan penulis suruh saya fikir... Apa jadi Ilham dan Wir? 

Kisah Jiji dan Fir. Mereka ni jenis lagi suka buat kesimpulan sendiri. Jiji watak girl yang ceria, happy, tapi sebenarnya takut dan suka buat kesimpulan sendiri. Teragak² tapi klo terpaksa dia okay jer. Tapi klo masalah irang lain laju dia masuk campur hahaha. Ada kawan sama macam dia, Wir membuatkan cerita ni berkembang. Fir pula lama² macam tertarik dengan Jiji walaupun mula² sekadar tercari pasal dengan Jiji. Fir yang serious person boleh berubah bila dengan Jiji. Setiap scene yang di ceritakan rasa macam Wah! Roamntic sangat ni. Walaupun nampak Fir tu bersahaja tapi sebenarnya Fir alerts setiap apa Jiji buat. 

Yang tak boleh tahan gelak, Jiji dan Fir dan matchmaker Wir dan Ilham, alih² mereka dia kenakan balik 🤣🤣🤣

Rating: 4⭐/5⭐

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~