REVIEW - CERITA KITA

Tajuk: Cerita Kita

Penulis: Akyelrahim

Harga: RM40

Jenis buku: Novel / Ebook 

Terbitkan: Manés Wordworks 

Mula membaca: 2.june.2024

Tamat membaca: 5.june.2024

Sinopsis: 
“Nak daun pandan ke?” – Alim

“Haah, umi saya suruh minta daun pandan sikit. Boleh ke?” – Jasmin

Alim dan Jasmin, mereka berjiran. Kerana secekak daun pandan, mereka berkenalan. Dan mungkin juga, perlahan-lahan berkongsi perasaan lewat pertemuan-pertemuan yang tidak disengajakan?

“Err, boleh tak kalau saya nak nombor telefon Jasmin?” – Alim

Menurut Alim, bersama Jasmin itu tidak asing rasanya seperti berkebun, perkara yang paling dia suka. Menyamankan, menenangkan dan membahagiakan.

Bagi Jasmin pula, berbicara dengan Alim itu seperti menulis cerita di atas kertas. Boleh dicurahkan semua sekali semahunya tanpa berselindung, kerana Alim sangat memahami dan mampu menyelami hatinya ke dasar yang terdalam.

“Apa manfaat kalau jadi best friend Jasmin? Boleh dapat jadi hero tak dalam cerita yang Jasmin tulis?” – Alim

“I have nothing to offer, but I’ll be here whenever you need me.” – Jasmin

Andai mimpi dan realiti itu menjadi satu, semestinya Cerita Kita akan lebih bermakna.

***

Simple but addictive. Tiada kata semanis madu namun tetap dapat menarik senyum di wajah yang membaca. And yes, you do you.

– Habib, Editor

Review: 
And yes, you do you..

Petikan tu banyak dalam ni. Buat i tertanya² hahaha.. so sweet terasa semua watak tu berada disekeliling termasuk mother Jasmin, Umi Wafa rasa macam my mother.. (tiberr rindu mama 😆). Bagaimana watak Jasmin macam diri ni, bila dikianati oleh kawan baik, bila rasa rendah diri dan cuba positive walaupun sedu di hujang mata.. i feel u Jasmin. Dan watak Alim, hero yang bagi i klo wujud i memang masuk meminang terus hahaha. Buku ni buat rasa macam dekat sangat. Tak boleh nak berhenti, buat terfikir apa next chapter...

Dalam buku ni ada juga kisah tanaman sebab Alim ni suka berkebun, hari² makan sayur.. tak boleh bayangkan betapa kacak alim ni, mesti kulit dia wah aduh² cantik kan... Begitu la kebaikan makan sayur² dan buah² . Kisah Jasmin yang mahu jadi penulis tapi tidak ada keyakinan diri, kadang² i terfikir takkan la Ex kawan Jasmin ni hanya "penulis" semata²... Tak ada kerja lain ke? Jasmin nasib baik di gambarkan berkerja juga walaupun tak la penulis kembangkan kisah kerjayaannya. Fokus novel ni Alim dan Jasmin yang akhirnya bercinta jua selepas serasi bersama². 

Di akhirnya penulis bagitahu, nak tahu sambung kisah Alim dan Jasmin ada dalam Rumah Cinta... So i kena tugu lagi umtuk membelinya 🤭.....

Rating: 4⭐/5⭐

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~