REVIEW - SIRI AKU BERCERITA: PEREMPUAN BUSANA MERAH

Tajuk: Siri Aku Bercerita: Perempuan Busana Merah

Penulis: Ramlee Awang Murshid

Harga: RM 25

Jenis buku: Novel 

Genre: Thriller

Terbitkan: Buku Prima

Mula membaca: 3.June.2024

Tamat membaca: 3.June2024

Sinopsis: 
Mukmin ditugaskan sebagai pengawal keselamatan di sebuah rumah agam di daerah pergunungan Kundasang. Seorang perempuan berbusana merah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kecuali Mukmin telah terperangkap di dalam rumah itu. Pertemuan misteri di antara mereka mengundang bencana.

Perempuan busana merah minta segera dikeluarkan dari rumah itu. Apabila berjaya dibawa keluar, Mukmin terjebak dalam bencana yang lebih dahsyat. Berjayakah Mukmin mengharungi cabaran dan misteri bersama perempuan busana merah itu?

Review: Sebab novel ni nipis dan ingat seram cuba baca selaju yang boleh rupanya... Aduh saya kena tipu laa hahaha.

Agak bosan tapi okay la. Dalam cerita ada cerita lagi dan memang kena baca sampai habis. Di samping itu terselit nasihat. Rupanya cerita ni hanya pemainan game semata-mata, GTA katanya. Klo terlalu taksub atas sesuatu perkara tu yang jadi di luar kawalan. Permainan dalam minda. Jadi saya baca dengan minda sekali sebab nak kaitan perempuan busana merah, dengan pengawai keselamatan dengan kaitan rumah agam serta kaitan syarikat. Terlalu banyak watak last² semua tu kayalan semata².. aduih... Selesai misteri ke novel ni?

Rating: 3⭐/5⭐

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~