REVIEW - RUNCING II

Tajuk: RUNCING II

Penulis: ZHARULNIZAM Z.A

Harga: RM30

Jenis buku: Novel / Ebook 

Genre: Mistik, Islamik, Aksi, Cinta

Terbitkan: Buku Prima 

Mula membaca: 7.June.2024

Tamat membaca: 8.June.2024

Sinopsis: Kepulangan Hambali ke Batu Pahat bersama sebuah harapan. Ada hajat yang ingin ditunaikan. Namun, takdir ALLAH telah tertulis. Hadirnya bukan untuk menyulam kasih, tapi untuk melihat Seri Bakawali terus hidup. Permainan mistik ini harus ditamatkan walau apa pun yang terjadi. Kiai Shamsudin mesti dibantu! Biarlah lara perkasihan ini terus berlalu dibawa bayu.

“Seri Bakawali, maafkan aku! Aku terpaksa memadam namamu dari kamus hidupku." - Hambali -

Sepeninggalan Hambali, Longkai menjadi huru-hara. Sahak kembali untuk menuntut haknya. Kemunculan harimau dan kehilangan beberapa penduduk kampung menimbulkan misteri. Sahak sudah lama menunggu peluang untuk melunaskan dendamnya. Namun, Sahak tidak tahu. Membunuh Hambali bermakna dia perlu berhadapan dengan Yusof!

"Yusof, kutinggalkan tasbih ini di tangan kananmu. bukti aku adalah gurumu." - Kiai Shamsudin -

“Hambali! Kau akan mati di sini!” - Sahak -

"Sahak, manusia tidak akan dapat melebihi ALLAH dan Rasul. Kau akan terima pembalasan." -Yusof

Review: Disebabkan tak sabar nak tahu sambungan dari Runcing 1, terus saya baca. Kali ni watak Yusof jadi watak utama. Dan ada 2 tempat yang di ceritakan. Tapi bagi saya, tak rasa teruja macam saya baca yang Runcing 1. 

Selepas kekalahan Sahak dan Semaun,  Sahak ke perkampungan Orang Asli dalam keadaan cerdera parah. Tok Uda cuba menyembuhkan dan memberi sesuatu yang besar pada Sahak untuk misi membalas dendam. Manakala kisah Jusoh, yang dulu tali barut Jepun, menyimpan dendam pada Kiai Shamsudin.  Jadi dia mula sihir anak Kiai Shamsudin,  Seri Bakawali untu membuat Kiai Shamsudin merana. Selepas Seri Bakawali menolak 6 pinang orang, pinang yang ke 7 iaitu Nordin, murid Kiai Shamsudin di terima walaupu Seri Bakawali terpaksa kerana Seri Bakawali suka pada Hambali. Cuma zaman itu tak ada telefon, klo utus surat pun mungkin tahu alamat sebab Hambali ni statusnya merantau jadi Kiai buat keputusan kahwin Seri Bakawali dengan Nordin. Selepas sebulan perkahwinan Nordin dan Seri Bakawali, Hambali pulang. Hambali kecewa dan meminta izin untuk merantau, Kiai Shamsudin membenarkan dan Kiai Shamsudin mahu Yusof ikut Hambali kerana Yusof sekarang bukan Yusof yang hidup dalam kecewa. Dan Yusof juga merupakan penduduk kamlung Longkai. Dia kecewa lantai bawa diri kerana pinangnya ditolak oleh penghulu kampung Longkai. Hambali cerita semuanya yang terjadi di Longkai dan Kiai Shahmudin mendapat alamat yang Sahak pasti kembali. Jadi mereka putuskan mahu merantau sampai ke kampung Longkai tapi terlebih dahulu mereka singgah di rumah Hambali. Manakala sihir pada Seri Bakawali mula memainkan perana. Kiai Shamsudin tak dapat merawat anaknya sebab dia dah makin tua. Disamping tu, Sahak dah sihat sepenuhnya mula menyerang penduduk Longkai. Hambali dan Yusof kembali ke madrasah Kiai Shamsudin dan mula menolong untuk sembuhkan Seri Bakawali.  Selepas Seri dipulihkan, mereka bergerak ke kampung Longkai. Ketika itu, Kampung Longkai sedang dalam keadaan teruk dengan 2 orang sudah di culik oleh Sahak iaitu Melur bekas isteri Sahak dan Jonit, penduduk kampung Terentang. Sahak mencabar Hambali berlawan. Sebaik Hambali dan Yusof sampai, malam itu Hambali tewas. Sahak tak tahu Yusof ada bersama, jadi Yusof merawat Hambali dan menyusun strategi selepas Hambali pulih. Sahak tewas dan jadi gila.

Kali ni musuh lama Kiai Shamsudin membuat sihir pada anak kesayangan Kiai Shamsudin. Dan Kampung Longkai kembali tidak aman kerana kemunculan Sahak demi menuntut bela. Bela apa entah sebab dia yang start pastu acah jadi mangsa. Play victim. Tak faham saya ni hahaha. Tapi ada manusia macam itu kan? Kali ni aksi face to face tak macam Runcing 1, perlawanan batil.  Kali n8 banyak cerita pasal ilmu terlarang dan sihir.. berbanfing dengan buku pertama lebih kepada islamik. Kat sini juga ada pertua². Ilmu baru harapan dapat saya amalkan.

Apa² pun tamat sudah.. penulis menutup cerita ni membuat kita teka teki sama ada Hambali dan Yusof kekal di Longkai, Batu Pahat, atau merantau. Sebab dua² belum berkahwin lagi.

Rating: 4⭐/5⭐ 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~