REVIEW - RUNCING I

Tajuk: RUNCING I

Penulis: ZHARULNIZAM Z.A

Harga: RM30

Jenis buku: Novel / Ebook 

Genre: Mistik, Islamik, Aksi, Cinta

Terbitkan: Buku Prima

Mula membaca: 5.June.2024

Tamat membaca: 7.June.2024

Sinopsis: 
Sejak Kampung Longkai dilanda geruh, kejadian pelik sering berlaku. Haji Ipin sedar ada kuasa jahat yang mengganggu. Makhluk durjana itu tiba-tiba muncul. Haji Ipin diserang penyakit misteri. Matanya berulat dan perutnya membusuk. Dia tahu angkara siapa, tapi mulutnya bagai dipasung. Kiai Shamsudin yang jauh di Batu Pahat mendapat firasat yang Haji Ipin, rakan seperguruannya sedang diuji permainan sihir. Sebagai pendakwah, dia wajib menyeru yang hak dan menentang yang batil. Lantas, anak didiknya Hambali dihantar ke sana untuk memutihkan yang hitam dan menerangkan yang gelap. Pertempuran mistik untuk menyelamatkan nyawa pun terjadi. Mistik tentunya ditentang dengan cara mistik. Zikir, tasbih dan tahmid jadi senjata menentang syaitan laknaktullah. Dalam debar dan gementar, mereka bergelut kerana sebuah dendam.

Review: Bermula dengan kisah Haji Ipin dan Kiai Shamsudin dalam menuntut ilmu di tanah seberang. Lepas itu beralih kisah Semaun yang telah sesat dan lepas itu di turunkn kepada anaknya, Sahak. Bagaimana Sahak dapat mengahwini anak penghulu kampung, Melur dan seterusnya menjadi terkenal di kampung Longkai. Dan bagaiman Haji Ipin melawan kebatilan di Longkai sebab Haji Ipin tinggal di sana selepas menuntut ilmu. Orang kampung ada yang tak senang dengan kehadiran Sahak sebab terlalu mistik dan misteri sehingga isterinya, Melur mahu siasat siapa sebenarnya Sahak itu. Disebabkan pengaruh dan kepercayaan orang kampung terhadap Sahak makin berkurang, jadi Sahak dan bapanya, Semaun itu mula hantar sihir pada Haji Ipin menyebabkan Haji Ipin jatuh sakit. Kiai Shamsudin yang duduk jauh mendapat alamat dengan izin Allah yang sahabat baiknya sedang dalam kesakitan dan meminta tolong. Kiai Shamsudin menghantar anak didik yang telah bersuluk, Hambali ke kampung Longkai untuk menolong Haji Ipin. Haji Ipin akhirnya meninggal dunia dan cara mengebumian Haji Ipin macam ala- ala cerita tanah kubur.  Kisah Longkai tak berhenti lagi, Sahak makin tamak, dia dan Semaun mula bertarung batil dengan Hambali akhirnya mereka tewas. 

Mula² rasa nak KIV buku ni tapi bila baca 1 baca kepada 1 bab, mula rasa ingin teruskan membaca. Terasa kerdil diri ni dan banyak dosa. Buku ni memang menginsafkan. Tak la rasa takut sangat tapi lebih kepada mistik je. Buku ni di cerita kemas sejak awal sampai ke akhirnya. 

Fokus utama ada la kampung Longkai dan penduduk di situ. Wujudnya penempatan dan di situ terletak la madrasah Haji Ipin, kawan kepada Kiai Shamsudin. Mistik ditentang dengan mistik, tu yang di bicarakan dalam buku ni. Dan banyak juga tip² dalam ni bagi saya agak sarat dan saya suka cara penulis ni terjemahkan. Kadang² ada perkataan di ulang² dan agak meleret tapi yang diulang² tu baik kita ingat sesama manusia. Jangan sombong, jangan ujud dan jangan riak. Ilmu Allah sangat luas. 

Segalanya terkesan di hati. next book is.. continue Runcing II

Rating: 5⭐/5⭐

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~