P. RAMLEE: TIADA YANG KEDUA

Tajuk: P. RAMLEE: TIADA YANG KEDUA

Penulis: HIDIR ALI RAZALI

Mula membaca: 19.JUN.2024

Tamat membaca: 21.JUN.2024

Belakang buku: 
"Seni saya bukan kerana wang, tetapi seni saya adalah kerana Allah semata-mata. 

Segala karya seni saya selama 20 tahun (pada ketika itu) yang saya berkecimpung dalam bidang seni ini ada kaitan dan hubungan dengan Allah. Apa sahaja yang saya lakukan yang mempunyai kaitan dengan kerja seni, saya tidak lupa memohon restu Allah.

Sesungguhpun saya sedar, beberapa ketika ini filem-filem Melayu agak sedikit mundur, tetapi pada pemerhatian saya ia hanya seketika sahaja. Saya bukan Tuhan yang boleh menentukan atau memastikan sesuatu. Namun saya tetap berkeyakinan, bahasa filem Melayu akan lebih maju lagi di masa akan datang, percayalah. Rahasianya terletak di tangan bangsa Melayu itu sendiri. Yang paling utama masyarakat Melayu itu sendiri harus memberi sokongan kepada perkembangan filem Melayu. Kalau bukan masyarakat Melayu sendiri yang menghargai budaya seni Melayu, siapa lagi?"

- P. Ramlee, Mac, 1969

Reviu bacaan: 
Kisah perjalanan hidup P. Ramlee hingga ke akhir pejalanannya. Setiap bab di susun dengan cantik dan mudah faham. Saya tanpa jemu membaca setiap bab yang membuatkan saya bertambah kagum. P Ramlee terus berkarya walaupun bertambah musuh² di sekelilingnya kerana popularity. Di sini juga mencerita kisah dalaman seorang P. Ramlee dalam kehidupan dia yang diceritakan dalam filem² dan muzik.

Bagi saya, semua pekerjaan tak kira apa² jenis kerja kerana Allah. Setiap bab ada kisah sendiri dan diakhir bab buku ini setelah kematian P. Ramlee merupakan pendapat penulis ini sendiri bagi saya ada betulnya. 

Skor: 5⭐ / 5⭐

Status: THB / Syor

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~