REVIEW - AELDRA

Tajuk: AELDRA

Penulis: Rose Harissa

Jenis buku: Novel

Mula membaca: 9.June.2024

Tamat membaca: 9.June.2024

Sinopsis: Ai. Lyn.

Aeldra panggil aku Ai. Afeef panggil aku Lyn. Sebetulnya, nama aku Ailyn. Umur dah 29 tahun tapi belum menikah. Afeef tu dah jadi boyfriend aku selama 11 tahun. Tapi... Belum mahu ajak aku kahwin. Entah apa kurangnya aku... Hesy!

Aku ni...
Rupa paras √
Awet muda √
Bussiness sendiri √
Rumah √
Mak ayah √ Dua-dua masih hidup lagi.

Aeldra mengurat aku tapi aku malas layan. Hei, aku Ailyn... seorang pencinta yang setia. Aku jaga cinta dan hati aku ni untuk boyfriend aku tu.

"Dia arkitek, dah tentu dia tak ada masalah duit nak kahwin dengan Ai. Tapi kenapa ddah 11 tahun couple Ai dengan dia masih tak kahwin-kahwin? Ai patut curiga"

Ini ayat Aeldra. budak hingusan ni sengaja nak racun fikiran aku. Sebab Aeldra, rasa curiga aku tiba-tiba tumbuh terhadap Afeef. Hmmm... Aeldra tu, senyum pun nampak gusi, gigi bulky... Namun bila lama-lama dengan dia ternyata menghabiskan masa berbual dengan Aeldra sangat menyenangkan.

"Tapi kan... Macam cute pula tengok dia senyum nampak gusi tu. Buat muka dia rare dan exotic! Rasa macam tak jemu tengok muka dia..."

"Bibir dia, Sab seksinya!..."

Aku tepuk dahi sendiri. Boleh rosak pemikiran suci bila dapat kawan-kawan yang suka pandang orang macam scanner! Ada saja topik hangat yang akan keluar kalau nampak lelaki depan mata. Sebab itulah ilmu selepas kahwin aku agak banyak, dapat daripada Sab dan Min, bestfriend aku. Mentang-mentang dah kahwin. Isy!

Mula-mula aku malas nak endah kata-kata Aeldra tapi selepas satu peristiwa yang berlaku depan mata antara Afeef dan perempuan lain, aku rasa dunia menjadi gelap.

Aku sayangkan Afeef.

Perlu ke aku maafkan Afeef dan terima dia semula?

"Ailyn, lelaki gentleman itu wujud tak kira usia... Not all men mature at the same rate."

Aeldra, jangan serabutkan aku!

Review: Disebabkan buku ni agak nipis tapi tak senipis Novel Siri Aku Bercerita: Perempuan Busana Merah, paksa diri baca sampai habis walaupun rasa nak tutup jer. Terlalu 18sx walaupun cover sopan atau saya otak kuning? Entah la.. macam geli. 

Dalam ni ada 2 takdir. Tapi asas yang sama Ailyn dan Aeldra. Aeldra ni umur 20 tahun, tak habis belajar, rajin untuk semua dan misteri manakala Ailyn ni 29 tahun, freelance, ada pendidikan dan ada boyfriend selama 11 tahun!? Aeldra jatuh cinta Ailyn sebab dia ingat Ailyn ni baya dia, sedangkan pangkat Kak. Takdir membuatkan mereka selalu berjumpa. Aeldra terang² menunjuk yang dia jatuh cinta dengan Aeldra. Aeldra pula masih setia dengan boyfriend, bila ada curiga dan sangsi akhirnya kantoi Afeef boyfriend Aeldra curang. 

Takdir pertama, Afeef gila bayang, dia kacau Aeldra untuk back together macam dulu². Ailyn pertahankan Aeldra dan akhirnya Afeef mati dengan tak sengaja. Aeldra masuk penjara selama 10 tahun. 5 tahun selepas itu Aeldra minta  Ailyn jangan melawatnya. Masa ni , sayu dan sedih wei... Boleh bayangkan bertapa sayangnya Aeldra pada Ailyn. Tak ada jodoh.

Takdir kedua, selepas Aeldra tahu Afeef curang, dia terus balik rumah keluarganya untuk tempoh bertenang. Aeldra datangg bawa sirih junjung untuk meminang Aeldra. Aeldra langsung tak tahu. Keluarga Aeldra apa lagi buat ujian dan Aeldra lulus, mereka pun berkahwin. Semua indah sampai tiba² mak Aeldra datang. Rupanya Aeldra ni ada kisah silam yang sangat teruk buat dia trauma. Ailyn baru tahu, dan ada selisih faham buatkan Aeldra keluar dan kemalangan. Aeldra datang melawat dan bagi semangat dan bagitahu Aeldra untuk kuat sebab dia mengandung. Aeldra tunjuk response positive dan mereka sama² sokong antara satu sama lain. Dan disini juga ada pembalasan buat kawan Ailyn dan mak Aeldra masuk penjara balik. Akhirnya novel, Aeldra dan Ailyn ada 3 orang anak. Paling suka takdir ke 2 ni. Baru boleh fikir tenang.

Sebenarnya saya suka konsep cerita ni, lady kahwin dengan younger boy tapi bila membaca agak hancur juga la sebab tengah² dancur walaupun ada 2 penamat yang berbeza. Saya tak suka takdir 1, sebab tak kan sebab ex tak boleh move on sampai kena kacau banyak kali. Lepas tu mati dan Aeldra masuk penjara sebab bunuh orang sedangkan... Entah..takdir pertama agak kejam juga macam mimpi jer. Bukan saya tak terima sad ending tapi macam tak patut tau. Takdir 2 agak logic sedikit dan mula watak yang agak gila iaitu mak Aeldra. Tragic tapi sepatutnya bukan Aeldra kena bagtahu kepada supaya Ailyn tak terkejut sangat bila tahu. Sebab tu MAK, syurga bawah tapak kakinya. Tapi klo sampai gila .....tet tet tet tet.... tu memang bagi penendang pun sebab jatuh haram ooo. That's very crazy. Tapi nasib penamat yang okay. 

So far saya tak galakkan budak membaca buku ni. Terlaluan 18sx walaupun bahasa agak tapis.. imaginasi yang saya pun rasa malu. 

Rating: 3⭐/5⭐

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~