I AM NOT FOR SALE


Tajuk: I Am Not For Sale

Penulis: Cik Zalikha

Mula membaca: 10.June.202

Tamat membaca: 16.June.2024

Belakang buku: Pertemuan Neldia Rose dan Nik Ashraf tidak seindah yang disangka. Baru pertama kalli berjumpa, tanggapan lelaki kaya itu telah menilainya sebagai seorang wanita yang teruk.


Bengang dengan sindiran lelaki itu, Neldia Rose merancang ingin memporak-perandakan hubungan diantara Nik Ashraf dan Adinda..Tambah pula, Adinda adalah musuh ketatnya. Inilah peluang untuk dia membalas dendam kepada pasangan yang kononnya sejoli itu.


Tak sempat nak mulakan rancangan, tiba-tiba Neldia Rose pula yang dituduh menyihir Nik Ashraf pada malam itu. Menyebabkan mereka tertangkap oleh orang kampung yang membuat rondaan dan dikira melakukan benda yang bukan-bukan. 


Tanpa kerelaan, mereka dikahwinkan. Dengan meletakkan beberapa syarat serta perjanjian, hubungan mereka cuma untuk satu bulan dan segala harta Nik akan menjadi hak milik Neldia Rose selagi bergelar isteri. Disangka Neldia Rose bakal meratap seperti wanita lain yang bakal ditinggalkan suami malah tidak. Neldia Rose tetap tersenyum malah menyokong, siap menentukan tarikh sendiri untuk perpisahan mereka.


Apakah perjanjian mereka akan berakhir seperti yang dirancang?


Teruskan kontrak perjanjian atau diri sendiri yang akan menyesal.

Reviu bacaan: Saya teruskan membaca walaupun kadang² rasa tak kena sangat. Face reality,  memang ada orang kurang ajar dalam novel ni tapi tak ke kalau kurang kan sikit bahasa maki tu... hmmm.. 

Neldia digelar gold digger oleh semua orang kampung. Terkenal sebab dia kikis boyfriend kaya dan tinggalkan macam tu jer. Termasuk Aiman, abang kepada musuh ketat dia Adinda. Adinda ada boyfriend orang kaya nama Nik. Mereka bakal di tunangkan tapi Neldia dan Nik ditangkap basah oleh orang kampung jadi mereka di satukan. Nik tak rela lalu buat perjanjian akan menceraikan Nedia sebaik hari jadi Neldia dan Nedia terima. Takdir mereka, mereka jatuh cinta dan Nik batalkan perjanjian itu. Datin Huda menghalang sebab dia mahu Adinda jadi menantu dia. Nik kemalangan dan Nedia bawa diri. Selepas 2 tahun, Nik hilang ingatan telah berkahwin dengan Adinda. Mereka pergi honeymoon selepas setahun berkahwin di Bali. Di sana, Nik terserempak dengan Neldia dan mereka mula berhu ungan menyebabkan Datin Huda dan Adinda marah. Datin Huda terkena stroke, jadi mereka semua balik Malaysia. Neldia janji akan pergi dari situ selepas 2 hari Datin Huda terima dia jaga. Hari terakhir baru dapat tahu yang selama ni, Adinda la santau ex boyfriend Neldia sampai ada yang dibunuh dan sihir semua orang yang dikenali Neldia. 

Pertama kali baca novel sihir yang tak seram. Agak santai tapi... macam tak cukup uhmm. Apa² pun jangan main sihir. BERDOSA BESAR. 

Skor: ⭐⭐⭐/5

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~